KUALA LUMPUR 25 Mac — Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baru perlakuan jenayah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, jenayah siber kini semakin meningkat, manakala jenayah jalanan dan indeks perlu terus diberi perhatian, terutamanya dalam aspek pencegahan.