Translate

Memaparkan catatan dengan label Penjenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjenayah. Papar semua catatan

24/10/2013

AGENSI PENGAWAL KESELAMATAN TANGKAP MUAT AMBIL PEKERJA ???

Kementeri Dalam Negeri dan pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan serious keatas Agensi Pengawal Keselamatan di negara ini yang mengambil pekerjanya tidak mengikut SOP dan ditapis dengan teliti pihak Polis. 


Klik DISINI untuk membaca entri terbabit.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis sedang menyiasat samada suspek itu warga asing menggunakan kad pengenalan palsu.  Pendapat peribadi saya, melalui pengalaman, kebarangkalian itu ada. Berkemungkinan besar, nama Ardi Hamza itu juga tidak wujud atau milik individu lain. KLIK SINI

19/10/2013

KENAPA PERLU IKUT TELUNJUK TAMBY SURENDRAN ???

PDRM TIDAK PERLU IKUT TELUNJUK NAIB PRESIDEN PKR P. SURENDRAN. JIKA DIBENARKAN, AKAN LEBIH MERUMITKAN PDRM UNTUK MENJALANKAN TUGAS DEMI UNTUK KESELAMATAN NEGARA.

PENJENAYAH SEMAKIN GANAS SEBELUM DARIPADA INI, AKIBAT SOKONGAN DAN DOKONGAN DARIPADA PUAK-PUAK YANG BERKELAKUAN SEBEGINILAH.

PDRM PERLU BERHATI-HATI DIATAS KELICIKAN MEREKA-MEREKA INI UNTUK MEMPERBODOHKAN SERTA MEMPERMAIN-MAINKAN UNDANG-UNDANG DI NEGARA KITA INI.

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara digesa agar menimbang semula keengganan untuk bertanggungjawab atas keselamatan Naib Presiden PKR, N Surendran, kata peguam PKR.

“Pada 16 Oktober, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Mazlan Mansor telah memaklumkan Surendran dan saya sebagai penasihat undang-undangnya.

“...bahawa syarat indemniti perlu ditandatangani sebelum Surendran sertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata,” kata R Sivarasa dalam satu kenyataan, hari ini.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu dikatakan sudah bersetuju dengan hampir semua syarat yang dikenakan oleh pihak polis.

Namun, pihaknya menggesa agar dua syarat yang dikemukakan polis dapat dipertimbangkan melibatkan keselamatan.

“Kami minta polis pertimbangkan semula dua syarat yang ditentukan PDRM. Syarat itu ialah polis tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku ke atas Surendran ketika operasi.

“Dan, Surendran tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan, PDRM, IGP dan atau mana-mana pegawai polis yang terlibat dalam operasi tersebut,” katanya.

KLIK SINI untuk berita selanjutnya

12/10/2013

RUMAH PANGSA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT MARKAS PENJENAYAH WARGA ASING ???

Kuala Lumpur, 11 Okt - Empat lelaki asing yang dipercayai anggota 'Geng Ah Fatt' ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam. 

Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas. 

"Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun. 

24/08/2013

TEPAT, CEKAP DAN BERWAWASAN - takkan bersimpati dengan penjenayah

2 pasukan khas polis ditubuh - TAHNIAH DS DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

PETALING JAYA: Dua pasukan khas dianggotai 400 anggota dan pegawai polis terlatih dari Bukit Aman ditubuhkan bagi membanteras kes jenayah berat dan dadah dengan lebih berkesan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan itu yang diluluskan segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pun beroperasi termasuk dalam kes terbaru membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...