Translate

Memaparkan catatan dengan label Pengerusi JKKK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengerusi JKKK. Papar semua catatan

27/03/2014

PERINGATAN YANG PERLU DILAKSANAKAN SEGERA !!


MENTRANSFORMASI FUNGSI JKKK TERENGGANU MELALUI KPI

"Antara proses penambahbaikan itu termasuklah pelantikan pengerusi serta anggota JKKK baharu yang dijangka selesai pada Mei depan. Ketika ini, 80 peratus ahli JKKK di negeri ini masih dipegang oleh mereka yang sudah bertahun-tahun menduduki jawatankuasa berkenaan."  - A Latiff Awang

Kita mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK sebagai organisasi paling penting di peringkat bawahan pentadbiran negeri.

Ini kerana tugas mereka adalah memantau perkembangan yang berlaku sekitar kampung selain mengambil tahu mengenai pelbagai perkara membabitkan penduduk.

Seboleh-bolehnya mereka sebagai jentera pembangunan dan keselamataan peringkat paling bawah berusaha menjamin bukan sahaja pembangunan yang dilaksanakan berjalan dengaan baik tetapi perkara-perkara lain seperti kebajikan, kesihatan, penyalahgunaan dadah, pendatang tanpa izin dan sebagainya juga perlu dipantau.

12/03/2014

JKKK TERIMA ELAUN BUTA PERLU DISINGKIRKAN SEGERA !!!


KPI sangat-sangat perlu bagi menentukan JKKK sesebuah kampung berfungsi atau terima ELAUN HARAM atau lain perkatan 'MENGHABISKAN BERAS'

Penilaian atau KPI ini perlu dilakukan segera sebelum hampirnya PRU ke 14. Jika tidak perkara yang sama akan berulang kembali sepertimana PRU ke 13. JKKK yang tidak bertanggungjawab hanya mementingkan 'PROJEK, PROJEK dan PROJEK'.

Terutamanya di Daerah Marang. Tahniah Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang, berkata setiap pengerusi JKKK mempunyai tempoh dua tahun bagi mempamerkan prestasi, sekiranya gagal memenuhi KPI, mereka bakal berdepan ditamatkan perkhidmatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...