"Antara proses penambahbaikan itu termasuklah pelantikan pengerusi serta anggota JKKK baharu yang dijangka selesai pada Mei depan. Ketika ini, 80 peratus ahli JKKK di negeri ini masih dipegang oleh mereka yang sudah bertahun-tahun menduduki jawatankuasa berkenaan." - A Latiff Awang
Kita mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK sebagai organisasi paling penting di peringkat bawahan pentadbiran negeri.
Ini kerana tugas mereka adalah memantau perkembangan yang berlaku sekitar kampung selain mengambil tahu mengenai pelbagai perkara membabitkan penduduk.
Seboleh-bolehnya mereka sebagai jentera pembangunan dan keselamataan peringkat paling bawah berusaha menjamin bukan sahaja pembangunan yang dilaksanakan berjalan dengaan baik tetapi perkara-perkara lain seperti kebajikan, kesihatan, penyalahgunaan dadah, pendatang tanpa izin dan sebagainya juga perlu dipantau.