Translate

Memaparkan catatan dengan label Pemilihan Bahagian UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemilihan Bahagian UMNO. Papar semua catatan

17/10/2013

PENGUNDI HANTU, PENGUNDI HANTU, PENGUNDI HANTU ???



"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu", turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.


14 AJK Wanita Umno Kalabakan Letak Jawatan.

TAWAU: Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.
"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini pada Rabu yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.
Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

16/08/2013

Memilih tokoh yang berwibawa serta sanggup mendepani isu-isu semasa


Ketua Puteri tujuh bahagian akan bertukar tangan

Sesiapa sahaja yang diberi kepercayaan mengetuai pergerakan itu sentiasa menjadi perhatian.


Bertanding dalam Wanita UMNO persoalan yang ditimbulkan ialah sejauhmana keupayaannya membawa aspirasi perjuangan Wanita UMNO.

Sesiapa pun yang menang dalam pemilihan nanti merupakan pemimpin yang diterima akar umbi.

Justeru, mana-mana ahli Wanita UMNO yang mahu bertanding jawatan Ketua Wanita pada pemilihan akan datang wajar mencermin diri dan menilai keupayaan sendiri untuk mengambil tanggungjawap memimpin sayap UMNO yang sememangnya terkenal dengan program-program turun padangnya. KLIK SINI

'Kita perlu pemimpin dapat terjemahkan aspirasi rakyat'

"Antara lain ciri-ciri pemimpin kita kehendaki supaya parti terus kuat ialah orang yang tiada masalah sehingga boleh menjejaskan parti, mempunyai integriti tinggi, berwawasan dan mudah didekati rakyat. KLIK SINI

Beri peluang muka baharu

"Saya fikir kita perlu ambil kira yang dunia telah berubah dan keputusan pilihan raya lalu membawa mesej daripada rakyat yang mereka mahukan pembaharuan.

"Oleh itu, dalam konteks pembaharuan ini, kita perlukan golongan baharu untuk berada dalam kepimpinan UMNO dengan membawa kewibawaan dan idea baharu,"

Jangan rosakkan UMNO

‘‘Kita menjadi parti harapan orang Melayu dan ini yang mesti kita jaga supaya pertandingan dalam parti tidak membawa kepada sebarang gambaran persepsi atau imej negatif terhadap UMNO.

Dengan sistem sekarang ini ahli akan memilih pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan tertinggi, menjadi lebih sukar untuk kita menabur wang untuk memperoleh sokongan.

‘‘Namun, ini tidak bererti tidak wujud politik wang sama sekali, mungkin ada juga pihak akan guna politik wang dengan harapan boleh mempengaruhi perwakilan," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...