IPOH: Seorang anak pada Khamis
mendakwa tindakan tergesa-gesa seorang pelatih perubatan di sebuah hospital di
sini mencabut beberapa wayar termasuk wayar ECG pada badan ibunya telah
menyebabkan ibunya meninggal dunia.
Dakwaan itu dibuat Wong Kok Yew, 48,
berhubung kematian ibunya Agnes Liu Soo Thye, 76, yang dimasukkan ke hospital
berkenaan kira-kira pukul 9 malam pada 15 Mac lalu akibat jangkitan paru-paru
bernanah. Ibunya meninggal keesokan harinya.
"Kira-kira pukul 5 pagi, seorang
daripada empat pelatih yang datang ke katil ibu saya telah mencabut beberapa
wayar dalam keadaan kelam-kabut. Ibu saya yang sedang lena ketika itu terkejut
dan badannya menggigil kerana menahan kesakitan.
