Translate

Memaparkan catatan dengan label Menteri Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri Kewangan. Papar semua catatan

26/06/2018

LGE TUNJUK KEKURANG AJARANNYA TERHADAP NEGARA

BARU PEGANG MENTERI KEWANGAN.....
Menteri Kewangan Lim Guan Eng malam ini mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange pada hari Khamis lalu.
Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam ini untuk MEMPERTAHANKAN KENYATAAN dalam tiga bahasa pada hari Khamis itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina.
Ini menimbulkan maklum balas negatif daripada orang-orang yang tidak dapat memahami dan terpaksa bergantung pada alat terjemahan platform media sosial.
Antara yang mengkritik Lim ialah bos hypermarket Mydin, Ameer Ali Mydin.
MAKLUM BALAS RAMAI
"SEMUA KENYATAAN APABILA DIKELUARKAN DI MALAYSIA HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU DALAM BAHASA MELAYU, kemudian Bahasa Inggeris, selepas itu mana-mana bahasa lain (jika) perlu.
"Sekiranya anda berada di London, maka saya anggap anda akan mengeluarkannya dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu setelah itu terjemahannya boleh dibuat dalam Bahasa/ Bahasa Mandarin/ Perancis dan sebagainya.
"Jika anda berada di China, maka pada sidang akhbar di China, saya fikir mungkin akan dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dahulu, kemudian bahasa Inggeris dan lain-lain.
"Saya fikir ini lebih logik. Kami tidak pernah mempunyai masalah sebelum ini (dalam) 61 tahun yang lalu, kenapa buat sekarang?" katanya.
Komen Mydin mendapat maklum balas ramai di Facebook, meletakkannya di tangga teratas senarai komen.
"KAU MENTERI KERAJAAN MALAYSIA KAH (ATAU) KERAJAAN CHINA?
"Konon statement Menteri Kewangan Malaysia, tapi tak guna bahasa kebangsaan untuk semua faham," kata Muadz Abu Hanzalah.
Terdapat juga pengulas yang mempersoalkan kenyataan Lim sebelum ini bahawa beliau "rakyat Malaysia" ketika ditanya pendapatnya menjadi menteri kewangan Cina pertama semenjak Tan Sri Tan Siew Sin menjawat portfolio berkenaan.
"Saya bukan orang Cina, saya rakyat Malaysia.
"Bahasa kebangsaan? Apakah itu?" Soal Ahmad Zahiruddin Saruju.

15/05/2018

RAFIZI NAFI MAHU JADI MENTERI KEWANGAN

Naib Presiden PKR RAFIZI RAMLI AKAN MENYAMAN AKHBAR harian berbahasa Cina SIN CHEW kerana MENDAKWA BELIAU MAHU MENJADI MENTERI KEWANGAN.
Rafizi sebelum ini mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik  Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng sebagai menteri kewangan tanpa berunding dengan PKR.
“Ada laporan Sin Chew yang kata saya bantah kerana saya mahu menjadi menteri kewangan.
“Saya dah nyatakan sejak tahun lalu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa saya tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan.
“Laporan Sin Chew itu satu fitnah dan saya akan saman,” tulisnya di Twitter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...