Translate

Memaparkan catatan dengan label Kencing Manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kencing Manis. Papar semua catatan

12/06/2012

60 peratus golongan muda mati akibat NCD

Image Detail
KUALA LUMPUR 11 Jun - Sebanyak 60 peratus kematian dalam kalangan golongan muda di negara ini berpunca daripada penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi, obesiti, diabetes dan kanser.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan peratusan itu amat tinggi dan memerlukan komitmen semua pihak bagi membolehkan ia dikurangkan.

Katanya, berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 jelas menunjukkan jumlah penghidap NCD semakin meningkat dan membimbangkan.

"Sejumlah 6.2 juta penduduk dewasa Malaysia menghidap hiperkolesterol, 5.8 juta menghidap darah tinggi, 2.6 juta diabetes dan 2.5 juta mengalami obesiti,’’ katanya. - UTUSAN

08/03/2012

AWAS RAKYAT MALAYSIA - Komplikasi kaki akibat diabetes semakin serius di Malaysia

Image Detail

KALAU ANDA TIDAK MAHU JADI BEGINI, JAGALAH PERMAKANAN ANDA !!

KUALA LUMPUR 7 Mac — Kira-kira 5.6 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia menghidap penyakit diabetes manakala 1.4 juta daripada jumlah (5.6 juta) mengalami komplikasi kaki yang serius, kata Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Harikrishna K.R. Nair.

14/11/2011

CEGAH SEBELUM PARAH - DIPOTONG KAKI AKIBAT DIABETES

Ramai penduduk Perlis kehilangan kaki setiap tahun akibat Diabetes yang berpunca antaranya ialah sikap tidak mengambil berat terhadap kesan penyakit itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Menurutnya, sejak 2007 sehingga tahun lalu, dianggarkan antara 60 dan 100 pesakit Diabetes di Perlis terpaksa dipotong kaki mereka kerana tisu anggota badan itu telah mati.

05/11/2011

AKIBAT KELEWATAN MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL KAKI DIPOTONG




Rhu Rendang 04/11/2011 - Baru enam kejadian berlaku En. Jusoh bin Rani, 54 th telah terpijak paku berkarat dirumah beliau. Beliau kemudiannya telah mendapatkan rawatan di Klinik Swasta berdekatan dan hanya diberi suntikan oleh Dr berkaitan. Keenganan beliau untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kerajaan, menyebabkan tapak kaki beliau mulai bertukar warna hitam akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...