Translate

14/11/2011

CEGAH SEBELUM PARAH - DIPOTONG KAKI AKIBAT DIABETES

Ramai penduduk Perlis kehilangan kaki setiap tahun akibat Diabetes yang berpunca antaranya ialah sikap tidak mengambil berat terhadap kesan penyakit itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Menurutnya, sejak 2007 sehingga tahun lalu, dianggarkan antara 60 dan 100 pesakit Diabetes di Perlis terpaksa dipotong kaki mereka kerana tisu anggota badan itu telah mati.

Berucap measmikan sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Perlis 2011 di Kampung Nesam dekat sini hari ini, beliau berkata sebanyak 13,714 pesakit Diabetes berdaftar mendapatkan rawatan di klinik-klinik kerajaan.
Bagaimanapun, data Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menunjukkan hanya antara 20 dan 30 peratus daripada mereka yang mempunyai tahap gula dalam darah yang terkawal.
Walaupun jumlah pesakit yang berdaftar berjumlah 13,714 namun beliau percaya jumlah sebenar pesakit itu adalah lebih tinggi kerana ada yang mendaftar di klinik swasta malah ada yang langsung tidak mendapat rawatan. — Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...