LEBIH DAHSYAT DARIPADA PENCEROBOHAN LAHAD DATU ???
Pengunduran Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor perlu dilakukan secara terhormat
bagi mengelak penentangan rakyat Selangor secara besar-besaran, kata Datuk
Ibrahim Ali.
Bekas
ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, apa yang dibimbangkan adalah krisis
politik Kelantan 1978 akan berulang sehingga diisytiharkan darurat jika proses
pertukaran pemimpin itu tidak diterima rakyat keseluruhannya.
“Saya
melihat kemelut mahu memecat Khalid sama dengan peristiwa Datuk Asri Muda mahu
memecat Datuk Mohamad Nasir sebagai menteri besar Kelantan dan diganti dengan
Wan Ismail Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar ketika itu).