Translate

24/07/2014

SELANGOR DI ISTIHAR DARURAT ???


LEBIH DAHSYAT DARIPADA PENCEROBOHAN LAHAD DATU ???

Pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor perlu dilakukan secara terhormat bagi mengelak penentangan rakyat Selangor secara besar-besaran, kata Datuk Ibrahim Ali.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, apa yang dibimbangkan adalah krisis politik Kelantan 1978 akan berulang sehingga diisytiharkan darurat jika proses pertukaran pemimpin itu tidak diterima rakyat keseluruhannya.

“Saya melihat kemelut mahu memecat Khalid sama dengan peristiwa Datuk Asri Muda mahu memecat Datuk Mohamad Nasir sebagai menteri besar Kelantan dan diganti dengan Wan Ismail Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar ketika itu).


“Akhirnya berlaku krisis besar di mana rakyat bangkit menentang dan Kelantan diisytihar darurat. Saya bimbang hal sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid berkeras tidak mahu berundur secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata akan berbincang dengan Khalid bagi meminta Ahli Dewan Undangan Neger (Adun) Pelabuhan Klang itu berundur secara baik.

Sebelum ini, Khalid memberi isyarat akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga hujung penggal pilihan raya dan menggesa pihak yang mendesaknya berundur mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.KLIK DISINI BERITA SELANJUTNYA



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...