Tutur kata Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan 1Pesara
Malaysia 2017 kelmarin sudah
cukup menggambarkan betapa songsangnya cara berfikir orang nombor dua negara.
Ungkapan
seperti "gigit
tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita", "sila bagi standing
ovation kepada kerajaan" - semuanya adalah bahasa angkuh di depan pesara yang telah menyumbangkan
sebahagian besar umur mereka untuk berbakti kepada negara.
Dengan
tempoh perkhidmatan warga pesara itu yang mencecah 30 tahun atau lebih, Zahid lah
yang sepatutnya memberikan standing ovation kepada seluruh
pesara ini.
Tidak malukah Zahid - sebagai orang politik yang tempoh perkhidmatan
sepenggal sahaja sudah beroleh pencen (mengikut Akta 237, pindaan 2015) - untuk
meminta standing ovation kepada mereka yang telah berkhidmat
jauh lebih lama daripada beliau?
Golongan
pesara ini tidaklah naif. Malah jika ditelusur dengan lebih adil, apa masalahnya jika pesara-pesara
itu memang mahu "menggigit tangan" kerajaan yang korup dan
rosak?

