Translate

29/06/2014

SIAPA YANG NAK BACKUP ZAHID HAMIDI, PERKASA KE ATAU ???


Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow dah mulakan.....yang lainya bila lagi ???

Pemimpin Gerakan yang marah memberikan ingatan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan rakyat negara ini, bukan mempemainkan mereka yang terancam nyawanya.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar) berkata, menteri dalam negeri itu harus ingat bahawa kepala lembu yang ditinggalkan di depan rumah R.S.N. Rayer itu bukan perkara main-main.
"Menteri dalam negeri harus ingat bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan bukan untuk membuat kenyataan yang bukan-bukan terhadap kejadian yang mengancam nyawa dan keselamatan wakil rakyat," katanya dalam sidang media di pejabat Gerakan negeri.
Teng mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan kejadian itu berlaku kerana "mulut celupar" wakil rakyat DAP itu merujuk kepada kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebelum ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...