KUALA LUMPUR: Sebuah portal berita membayangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyanggah kenyataan yang dibuat oleh mantan perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan yang sedang dijalankan.
Berdasarkan laporan BH Online, agensi antirasuah itu mendakwa Encik MUHYIDDIN ADALAH ANTARA SUSPEK YANG
SEDANG DISIASAT BERHUBUNG ISU JANA WIBAWA yang diperkenalkan
kerajaan sebelum ini.
Memetik sumber yang tidak didedahkan oleh portal itu yang mendakwa Encik Muhyiddin - yang juga pengerusi PN - MERUPAKAN SUSPEK semasa beliau dipanggil memberi keterangan pada Khamis lalu (16 Feb).
Menurut
laporan Malaysiakini, sumber SPRM terbabit juga menegur Encik Muhyiddin kerana
dianggap tidak wajar mengulas isu tersebut kerana boleh dianggap mengganggu
siasatan yang sedang dijalankan.
Pada Jumaat lalu (17 Feb), pelbagai media massa melaporkan Encik Muhyiddin
menghabiskan masa selama beberapa jam pada pagi Khamis untuk memberi keterangan
kepada SPRM di Putrajaya.
Bagaimanapun, pada Sabtu (18 Feb), Encik Muhyiddin menegaskan kedatangannya ke
SPRM hanya untuk membantu siasatan dan bukan sebagai suspek.
Menurut laporan Malaysiakini, presiden Bersatu itu sekali lagi menegaskan
bahawa beliau tidak terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan dalam
inisiatif yang dibuat untuk membantu kontraktor bumiputera yang terjejas akibat
COVID-19.
Katanya lagi, penyiasat SPRM juga tidak menyoalnya berhubung dakwaan Perdana
Menteri Anwar Ibrahim bahawa pentadbirannya sebelum ini menyalahgunakan
berbilion ringgit wang negara.
Selain Encik Muhyiddin, SPRM turut menjalankan siasatan ke atas beberapa individu lain termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
"Tengku Zafrul juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Untuk
rekod, TENGKU ZAFRUL SUDAH
MEMBERIKAN KOMITMENNYA UNTUK BEKERJASAMA PENUH DENGAN SPRM jika
dipanggil untuk memberi keterangan.
Senator itu juga berkata, tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikannya daripada
pihak berkuasa.