KUALA TERENGGANU: TINDAKAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN KEPADA ANAK KECIL di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang terpaksa mengusung meja dan kerusi apabila dihalau Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1999, masih MENJADI IGAUAN NGERI sebahagian besar rakyat negeri ini.
Walaupun kezaliman itu berlalu
hampir 24 tahun lalu, iaitu selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10
(PRU-10), sikap membisu seolah-olah membalas dendam oleh pucuk pimpinan
tertinggi parti itu masih menghantui fikiran pengundi untuk terus memberi
mandat kepada PAS pada PRU-14 dan 15 esok.
Selain bertindak menghalau
kanak-kanak daripada Tabika di balai raya sehingga menyebabkan pembelajaran
terpaksa dilakukan di wakaf atau menumpang di ruang tamu rumah penduduk, JSR
yang dilantik kerajaan PAS terus bermaharajalela apabila turut merantai mesin
jahit dibekalkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk melatih
golongan wanita menjahit pakaian.
Sikap agresif pemimpin dan
penyokong PAS terserlah apabila mereka mengepung dan mengunci pintu pagar Wisma
Darul Iman, beberapa jam sebelum keputusan PRU-10 diumumkan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
DICACI PEMIMPIN PAS
Seorang mangsa sikap agresif
pemimpin dan penyokong PAS, Roslan Abdul Rahman, 55, berkata CACIAN DAN PELBAGAI KATA CARUTAN
DILEMPARKAN ketika dia dan isteri serta anak keluar dari pekarangan
Wisma Darul Iman.
Katanya, dia dan ahli keluarga serta anak cuba dihalang untuk keluar dari Wisma
Darul Iman, selepas kunci keretanya dirampas pemimpin PAS.
"Saya bernasib baik apabila
seorang rakan membantu keluarkan saya daripada kepungan pemimpin dan penyokong
PAS.
"Walaupun kejadian itu sudah
berlalu lebih 24 tahun, peristiwa kelakuan biadab dan di luar ajaran Islam itu
masih menghantui saya dan ahli keluarga," katanya.
Biarpun peristiwa zalim itu
berlaku pada 1999 hingga 2004 dan rakyat sudah menjatuhi hukuman kepada parti
itu apabila pemimpin mereka hanya memenangi empat daripada 32 kerusi pada
PRU-11, sikap kepemimpinan PAS yang diibaratkan sebagai BISKUT
'CHIPSMORE' kerana gagal melaksanakan
tanggungjawab selepas diberi mandat amat mengecewakan pengundi.
Sebagai bukti rakyat mengalah dan
tidak berdendam selepas menjatuhkan hukuman kepada PAS pada PRU-12, calon parti
itu sekali lagi diberi mandat apabila PAS dipilih memenangi 15 daripada 32
kerusi yang dipertandingkan pada PRU-13.
Bagaimanapun, 15 Ahli Dewan
Undangan negeri (ADUN) PAS, termasuk seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR)
gagal melaksanakan kewajipan seperti dijanjikan selepas diberimandat
'percubaan' pada PRU lalu.
Seorang suri rumah, Asmah Salleh,
50, dari Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung, Marang, berkata sejak PAS
memenangi kerusi di DUN Bukit Payong pada PRU lalu, tiada
kelibat wakil rakyatnya masuk ke kampung untuk menyelesaikan masalah dihadapi
penduduk.
"Kami hanya mengenali dan
berjumpa wakil rakyat PAS yang kini dipilih semula untuk bertanding ketika dia
masuk kampung menabur pelbagai janji, ketika berkempen pada PRU lalu.
"Saya sendiri sudah lupa
wajah sebenar wakil rakyat PAS itu, tetapi hanya nampak semula wajahnya melalui
poster, televisyen serta akhbar, selepas diumumkan sebagai calon untuk
bertanding pada PRU yang akan diadakan esok," katanya.
Asmah berkata, pemimpin PAS dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 15 kerusi DUN dan empat Parlimen di
negeri ini pada (PRU-13) diibaratkan sebagai biskut 'Chipsmore'.
PEMIMPIN TAK TURUN PADANG
Katanya, gelaran pemimpin biskut 'Chipsmore' itu amat bertepatan apabila
semua bekas wakil rakyat parti pembangkang itu menghilangkan diri selepas
diberi mandat, tetapi muncul semula menabur pelbagai janji menjelang PRU Rabu
ini.
"Pengundi di 15 DUN dan
empat Parlimen yang dikuasai pemimpin PAS bernasib baik, kerana Kerajaan
Barisan Nasional (BN) masih mengambil berat untuk membantu menyelesaikan
masalah pengundi apabila melantik Pegawai Penyelaras DUN (PPD).
"PPD yang dilantik Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tidak berdendam seperti dilakukan
pemimpin parti pembangkang, apabila mereka menyalurkan bantuan tanpa memilih
kasih dan fahaman politik," katanya.