Translate

28/01/2023

LANGGAR DISIPLIN PARTI, NOH DAN KJ DIPECAT, HISHAMMUDDIN, SHAHRIL HAMDAN SERTA DUA DIGANTUNG


KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam tadi telah memutuskan memecat dua orang ahli yang melanggar disiplin parti.

Katanya, ahli UMNO YANG DIPECAT ADALAH TAN SRI NOH OMAR DAN KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ahli UMNO yang DIGANTUNG HAK-HAKNYA DALAM PARTI SELAMA ENAM TAHUN IALAH DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN, DATUK MAULIZAN BUJANG, DATUK SERI MOHD SALIM SHARIF DAN SHAHRIL HAMDAN,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Katanya yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari neger Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” jelasnya.

Sementara itu Ahmad turut memaklumkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu. – UMNO Online

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...