Tindakan itu susulan saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Abdul Hamid Bador supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menyiasat amalan yang berlaku secara berleluasa itu.
Ketua Pemuda
UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan berkata, laporan itu bagi
meminta pihak berkuasa, TERUTAMANYA SPRM SEGERA MENYIASAT
UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN PANTAS kerana tuduhan rasuah membabitkan
pemimpin politik berleluasa.
Katanya, DAKWAAN ITU AMAT
SERIUS kerana ia didedahkan
Abdul Hamid yang mengesahkan tanggapan umum kerajaan
Perikatan Nasional (PN) terpalit dengan pelbagai aktiviti jual-beli pemimpin
politik untuk terus kekal berkuasa.
Beliau
antara lain menyifatkan saranan itu lewat kerana Abdul Hamid hanya bersuara
ketika di ambang pengakhiran kontraknya sebagai Ketua Polis Negara.
"Rasuah terkait dengan lompat parti sudah bermula di zaman Pakatan Harapan (PH) apabila ramai diugut dan ditekan dengan pelbagai kes mahkamah, cukai bahkan ditawar pelbagai ganjaran untuk lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi memperkukuh Kerajaan PH.
"(Ia)
diteruskan di zaman PN apabila RAMAI 'DISUCIKAN' daripada pendakwaan dan siasatan,
bahkan secara terang-terangan merealisasikan agenda 'Scheme of Thing', dikaitkan
dengan audio pemimpin tertinggi kerajaan PN dengan pelbagai tawaran kedudukan
dan jawatan penting Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Bagaimanapun, SEBELUM 'NASI MENJADI BUBUR', amat wajar
SPRM mengambil tindakan segera 'without fear and favour' bagi
menyelamatkan negara daripada berterusan dirundung persepsi buruk rakyat dan
masyarakat antarabangsa mengenai budaya rasuah politik yang mampu menjahanamkan
Malaysia," katanya.
Semalam, Abdul Hamid dilaporkan meminta SPRM mengambil tindakan
kerana rasuah berlaku merata-rata dalam politik dan PERBUATAN MENGUGUT JUGA ADALAH
RASUAH.
"Sudah lama rakyat tengok perbuatan ini, muak terhadap
sekejap katak lompat sana-sini. Ia memberikan gambaran tidak baik, seolah-olah
negara ini tiada undang-undang dan sesiapa pun boleh melalukan (apa sahaja)
untuk membeli (ahli politik)," katanya.
Rujukan: KLIK DISINI