Translate

17/05/2021

#COVID-19: KETIDAKPUASAN RAKYAT TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN & MENTERI KABINET KAYU?


PETALING JAYA, 17 Mei
- Lingkaran dalaman Perdana Menteri TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DILAPORKAN TELAH DIBERI AMARAN KEPADANYA dan beberapa menteri Kabinet mengenai ketidakpuasan masyarakat yang semakin meningkat, dengan perlunya komunikasi yang lebih baik untuk membalikkan ketegangan di kalangan penduduk yang semakin meningkat dengan menangani wabak Covid-19.

Menurut Free Malaysia Today , pihak dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengatakan bahawa kerajaan sekarang gagal berkomunikasi secara berkesan dengan rakyat dengan BERGANTUNG PADA DATA KERING dan bukannya kejadian sebenar mereka yang menderita wabak Covid-19.

01/05/2021

LUAHAN KARTEL PDRM, RASUAH, LOMPAT PARTI: PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS


KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Pemuda UMNO seluruh negara akan tampil membuat laporan polis mengenai kaitan rasuah dengan BUDAYA LOMPAT PARTI, hari ini.

Tindakan itu susulan saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat amalan yang berlaku secara berleluasa itu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan berkata, laporan itu bagi meminta pihak berkuasa, TERUTAMANYA SPRM SEGERA MENYIASAT UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN PANTAS kerana tuduhan rasuah membabitkan pemimpin politik berleluasa.

Katanya, DAKWAAN ITU AMAT SERIUS kerana ia didedahkan Abdul Hamid yang mengesahkan tanggapan umum kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpalit dengan pelbagai aktiviti jual-beli pemimpin politik untuk terus kekal berkuasa.

Beliau antara lain menyifatkan saranan itu lewat kerana Abdul Hamid hanya bersuara ketika di ambang pengakhiran kontraknya sebagai Ketua Polis Negara.

"Rasuah terkait dengan lompat parti sudah bermula di zaman Pakatan Harapan (PH) apabila ramai diugut dan ditekan dengan pelbagai kes mahkamah, cukai bahkan ditawar pelbagai ganjaran untuk lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi memperkukuh Kerajaan PH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...