SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador MENDEDAHKAN WUJUDNYA GERAKAN DALAMAN daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.
Menurutnya,
gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM
yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
“Ada
usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel).
“Jadi
saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa
pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya dalam
program Sinar Live bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikendalikan
oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan
Karangkraf pada Rabu.
Beliau
berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan mengejutkan
yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu
menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan ‘kerja-kerja
kotor’.
Abdul
Hamid menjelaskan, beliau begitu terkesan dengan perkara itu dan berharap
kumpulan tersebut segera insaf.
“Ada
kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu...dan
tindak-tanduknya begitu.
“Ke
arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik
bersama, cakap tentang perkara tidak baik.
“Jadi
saya minta mereka insaf. Sampai umur 60 nanti saya takut tak sempat bertaubat,
kita keluar, hilanglah kekebalan baju biru.. pakailah baju orang awam.
“Tiada
lagi orang nak takut dengan kita sebab baju kita dah tak ada. Masa itu nanti
jangan menyesal,” katanya.
Abdul
Hamid, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara
bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 MEI 2019 HINGGA 3 MEI 2021.
Artikel
Penuh : UNTUK RUJUKAN KLIK DISINI