Translate

29/08/2020

ORANG TUA NYANYOK BERBICARA IKUT NAFSU

 


TANJUNG MALIM - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tuduhan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menjadi punca peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhutang akibat penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad di Bursa Malaysia.

 

Naijb yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pada tahun 1996, kerajaan ketika itu membuat keputusan untuk tidak membenarkan dana kerajaan digunakan bagi membiayai Felda.

 

Menurutnya, disebabkan keadaan itu, FGV disenaraikan di Bursa Malaysia untuk mendapatkan dana bagi membiayai pelbagai program untuk peneroka Felda.

 

"Itu tak betul dari segi fakta (Najib punca peneroka berhutang). Pada tahun 1996 kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan dana kerajaan digunakan untuk Felda. Jadi Felda tidak ada pembiayaan walhal pokok sudah semakin tua dan terpaksa ditanam semula dalam skala yang besar.

 

"Sebab itu kita terpaksa menyenaraikan FGV untuk mendapatkan dana dan digunakan untuk tanaman semula, digunakan untuk bantuan sara hidup," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Slim di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Dr Mahathir dalam satu program ceramah di Felda Gunung Besout semalam bahawa hutang peneroka bertambah ketika zaman pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.

 

Najib menjelaskan melalui dana FGV tersebut, peneroka menerima pendapatan RM1,500 sebulan dalam tempoh tanaman semula dilaksanakan.

 

Beliau turut menjelaskan dana FGV turut digunakan untuk program kebajikan seperti pembesaran rumah sebanyak RM40,000 untuk satu rumah termasuk pemberian wang tunai RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.

 

Pada 2012, Felda membuat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang menjana RM10.5 bilion.

 

Rujukan: KLIK DISINI

11/08/2020

LIM GUAN ENG BUAT LANTIKAN KHAS 30 ORANG CINA DALAM MOF

Makin lama makin banyak CERITA PASAL DAP MULA TERBONGKAR lepas dia orang dah tak ada dalam kerajaan. Baru2 ni pendedahan pasal LIM GUAN ENG masa dia jadi Menteri MOF dulu. Benda pertama yang LIM GUAN ENG buat bila jejak kaki dalam MOF adalah menubuhkan pasukan “PEGAWAI KHAS” seramai 30 orang yang dilantik oleh dia sendiri.

Kesemua 30 orang tu terdiri dari orang CINA berumur antara 20an hingga paling tua 30an dan diketuai oleh SetPol LIM GUAN ENG iaitu TONY PUAKA. Pasukan “Pegawai Khas” ni bukannya buat kerja free  tapi dibayar dengan gaji setaraf dengan Gred Gaji Jusa. Tahu ke berapa gaji Jusa? RM8,000 SAMPAI RM15,000 SEBULAN!

Tujuannya untuk dedahkan kes2 melibatkan orang UMNO, menguruskan segala aset yang diletakkan bawah MOF dan ‘tolong’ LIM GUAN ENG dalam sediakan laporan belanjawan negara yang berat sebelah kepada kaum dia. Tugasan dia orang ni jgk bercanggah dengan kerja pegawai MOF (penjawat awam bukan lantikan politik).

LIM GUAN ENG sanggup sewakan sebuah kondo mewah yang diubahsuai menjadi pejabat untuk team TONY PUAKA ni bekerja dan dirahsiakan untuk elak orang ramai tahu. Nampak betapa dahsyatnya DAP bila dia orang dh pegang kerajaan.

Dia orang tak percaya pegawai2 MOF sendiri yang kebanyakkannya orang Melayu dan buat pelantikan khas dari kaum dia untuk buat kerja2 belakang tabir demi kepentingan dia orang. Segala penjualan aset negara pun sebenarnya dirancang team ni. Banyak aset negara dijual kepada syarikat yang berpengkalan di Singapura.

Jadi tak terkejut la bila banyak aset2 Khazanah dengan Tabung Haji yang berkepentingan dekat orang Melayu kena jual oleh LIM GUAN ENG. Sebab dibelakang dia ada satu ‘team khas’ yang dibayar ratusan ribu ringgit sebulan dengan menggunakan MOF sebagai kapasiti  untuk jalankan agenda DAP dan kerja jahat mereka demi kepentingan kroni dan sahabat terdekat.

Rujukan: 


https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=230139141714113&id=123677742360254

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...