BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Semua
pihak sepatutnya mengalu-alukan keputusan kerajaan menjadikan
hari Jumaat sebagai Hari Jawi, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PROF DATUK DR TEO KOK SEONG.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tindakan bijak bagi terus
memartabatkan tulisan Jawi yang didapati ‘kesepian’ sejak akhir-akhir ini
meskipun mendapat BANTAHAN DARI GERAKAN SERTA REAKSI
NEGATIF DALAM KALANGAN NETIZEN CINA.
Kok Seong berpandangan, tindak balas masyarakat bukan Melayu terutama orang
Cina mengaitkan tulisan Jawi dengan agama Islam sebagai tidak berasas.
“Sementara tindakan GERAKAN pula lebih kepada meraih
sokongan. Parti itu
dilihat JUARA MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN CINA yang menentang
tulisan Jawi ini. Ia lebih kepada tindakan politik yang dilihat sebagai
pelindung kepada masyarakat Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari
ini.
Jabatan Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, Kempen Hari Jumaat Hari
Jawi dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan tradisi serta budaya yang
membentuk Malaysia.
Rujukan: KLIK DISINI