Semalam, telah dilaporkan bahawa sebuah SINDIKET PERJUDIAN TUMPAS DAN 44 WARGA CHINA telah ditahan oleh pihak polis daripada Bahagian
Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7).
Menurut laporan tersebut, kumpulan sindiket
tersebut telah MENYEWA
SEUNIT BANGLO DENGAN BAYARAN SEBANYAK RM7,000 SEBULAN. Manakala jumlah keuntungan sindiket keseluruhan
berjumlah RM150,000 sehari. Enam set komputer, 17 laptop dan 75 telefon bimbit
turut dirampas bagi membantu siasatan.
INI BUKANLAH PERTAMA KALI kita mendengar berita mengenai
sindiket-sindiket kegiatan haram yang melibatkan warga China atau warga-warga
asing yang lain. Malah, berita sebegini SUDAH TERLALU KERAP kita dengari seolah-olah
sindiket-sindiket sebegini adalah terlalu banyak atau terlalu kuat yang
membuktikan sindiket yang melibatkan warga asing ini tidak berjaya dilumpuhkan
atau dilemahkan pun.
Maka timbul beberapa persoalan di sini, APAKAH PERGERAKAN MEREKA INI DIPAYUNGI OLEH
PIHAK TERTENTU kerana kita lihat pergerakan mereka
sangat teratur, mempunyai kelengkapan yang canggih, aset-aset yang mewah dan
pekerja-pekerja yang ramai.
Jika benar mereka ini dipayungi oleh pihak tertentu, maka ini adalah suatu yang
sangat membimbangkan kita.
Seterusnya, apakah KEGIATAN-KEGIATAN INI
ADA KAITAN DENGAN 100,000 PELANCONG-PELANCONG CHINA DAN INDIA YANG TIADA REKOD
PERJALANAN KELUAR DARI NEGARA KITA menurut Jabatan Imigresen Negara?
Jika benar perkara ini, berapa ramaikah dari jumlah ini yang sudah dikenalpasti
dan berapa ramaikah yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan haram di Malaysia?
Kita menuntut agar pihak berwajib memberikan laporan terkini mengenai perkara
tersebut.
TIMBUL
PULA PERSOALAN MENGENAI ISU KAD PENGENALAN PALSU. Saya juga tertanya-tanya bagaimanakah
mereka ini boleh bersenang-lenang berkeliaran di Malaysia dengan begitu mewah
dan bebas jika mereka ini 'hanya pelancong'? Atau apakah mereka telah menyamar
sebagai rakyat Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu untuk menikmati
segala keselesaan sebagaimana warganegara Malaysia miliki?
Saya rasa banyak lagi persoalan yang boleh saya
senaraikan di sini rentetan sindiket-sindiket yang berlaku tetapi saya rasa
kita semua jelas bahawa INI
PERKARA YANG SERIUS
dan mungkin saling berkait.
Pihak kerajaan perlu mula merancang untuk menggerakkan satu ops
besar-besaran untuk menumpaskan 'akar masalah' bagi
segala sindiket-sindiket yang berlaku ini.
Saya tertarik dan ingin menyokong cadangan yang mendesak pihak kerajaan
menukar kad pengenalan baru
sebagai sebahagian usaha untuk membanteras sindiket kad pengenalan palsu.
Sebuah petisyen mengenai desakan ini sudah mula
digerakkan dan diharap agar menjadi satu bentuk sokongan moral dari rakyat
kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk melaksanakannya.
Diharapkan agar RAKYAT MALAYSIA BERSATU HATI DALAM ISU INI KERANA INI ISU
KEDAULATAN DAN KESELAMATAN DALAM NEGERI YANG SERIUS, BUKAN ISU YANG BOLEH
DIPOLITIKKAN.
Wallahu'alam.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA)
30 April 2020
Rujukan: KLIK DISINI