1. Penulisan ini DITUJUKAN
KEPADA MARINA MAHATHIR – PENGASAS LGBT MALAYSIA yang
mengatakan jika PH kalah pada PRU lepas ke manakah hala tuju negara. Beliau
mendakwa negara seolah-olah tiada hala tuju jika diperintah lagi oleh BN.
2. Jika BN masih memerintah, 1.3 juta pekerjaan dapat diwujudkan
melalui projek Malaysian Vison Valley seperti yang dijanjikan dalam manifesto.
3. Jika BN masih memerintah, kadar pengganguran akan menurun melalui Skim Latihan 1 Malaysia
(SL1M) yang menawarkan bayaran sehingga RM 2000.00 kepada
graduan. Pada masa yang sama, biasiswa kepada pelajar juga akan terus diberikan
melalui program MyBrain15.
4. Jika BN masih memerintah, sebuah bank khas akan ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman
Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke
bawah melalui program 1Negaraku.
5. Jika BN masih memerintah, lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan
membantu usahawan-usahawan kecil.
6. Jika BN masih memerintah, BR1M akan diperkasa dengan peningkatan yang lebih tinggi
untuk membantu rakyat Malaysia.
7. Jika BN masih memerintah, pelbagai lagi inisiatif akan dilakukan kerajaan untuk meningkatkan
sosioekonomi rakyat yang merangkumi penduduk bandar dan juga luar bandar.
8. Jika BN masih memerintah, negara
akan mempunyai hala tuju yang jelas dengan adanya dasar awam
yang cekap seperti Program Transformasi Ekonomi yang akan memacu pendapatan
negara kasar (GNI) kepada AS $ 523 bilion menjelang 2020.
9. Jika BN masih memerintah, rakyat tidak dizalimi seperti hari ini dengan
ingin memansuhkan skim pencen penjawat awam, memansuhkan bantuan tanaman semula
kepada pekebun kecil, memansuhkan MyBrain15, berlakunya pepecahan perpaduan,
kelembapan ekonomi serta pelbagai lagi masalah lain.
10. Realiti politik hari ini jelas
membuktikan negara TIADA HALA TUJU APABILA DIPERINTAH PH.
RETORIK POLITIK PEMIMPIN PH DAPAT DINILAI RAKYAT
SEBAGAI SATU PEMBOHONGAN kerana terbukti dengan fakta bahawa keadaan
negara semakin lemah apabila diperintah PH.
Dr.
Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu.
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu.