PENGARUH
PENGGANAS HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LLTE) DALAM KALANGAN MASYARAKAT HINDU
DI MALAYSIA AMAT MEMBIMBANG.
Selepas beberapa siri pendedahan
aktiviti kumpulan pengganas itu dan PENGLIBATAN KALANGAN AHLI POLITIK PAKATAN
HARAPAN, muncul beberapa video tular yang menunjukkan
ketaksuban dan pengaruh buruk LTTE.
Dalam satu video, beberapa penyokong
LTTE dilihat bersikap kurang ajar dengan anggota polis yang menahan kumpulan
itu berarak membawa bendera kumpulan pengganas tersebut.
Ahli kumpulan itu turut menengking
anggota polis yang secara profesional menyoal tindakan mereka.
Malah kelihatan seorang ahli kumpulan
itu memegang gambar pemimpin LTTE.
Satu lagi video pula menunjukkan
seorang penyokong LTTE secara terang-terangan mengakui menyokong perjuangan
pengganas dari Sri Lanka itu.
Penularan video-video tersebut dalam
media sosial mengundang kebimbangan rakyat tentang ancaman dan pengaruh
kumpulan itu di negara ini.
Pada bulan lalu, polis memberi amaran
kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penularan
video LTTE.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid
Bador baru-baru ini juga MEMBERI AMARAN (TAPI TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN, CAKAP AJE......) - bahawa tindak
tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang dikesan MENGAGUNG-AGUNGKAN PERTUBUHAN PENGGANAS dari luar negara
seperti yang viral di media sosial ketika ini. – 28 September 2019.
Rujukan:
KLIK DISINI