JOHOR BAHRU 21 Mei - Semua pihak perlu menjunjung titah dan peringatan
Sultan Johor supaya TIDAK
BERCERAMAH POLITIK DALAM MASJID di
negeri ini.
Ketua Biro Aduan MCA Johor, MICHAEL TAY CHEE BOON BERKATA,
arahan itu wajib
dipatuhi dalam menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum terutama umat
Islam apatah lagi dalam bulan suci Ramadan.
Beliau kesal kerana masih terdapat segelintir
masyarakat dan pemimpin Tionghoa yang tidak menghormati umat Islam.
“Ini tidak, malangnya selepas lebih 60 tahun merdeka dan tinggal
bersama-sama, masih
ada bangsa Tionghoa yang tidak boleh menghormati masyarakat lain termasuk makan
di Bazar Ramadan selepas membeli makanan.
“Ada juga ahli politik yang tidak mahu faham sensitiviti masyarakat
Islam apabila mendakwa memberi bantuan dalam masjid, sedangkan perkara itu
boleh dilakukan di luar bangunan atau di pejabat,” katanya ditemui di Pejabat
Ketua Biro Aduan MCA Johor di Taman Maju Jaya di sini hari ini.
Pada 10 Mei lalu, AHLI
PARLIMEN LABIS, PANG HOK LIONG menyampaikan
sumbangan dalam Masjid Tenang Stesyen, Labis, namun dituduh pihak tertentu
berceramah politik.
Berikutan itu pada 16 Mei lalu Sultan Johor bertitah dan melahirkan
kekecewaan terhadap perbuatan Hok Liong itu yang disifatkan Baginda sebagai
biadab dan tidak beretika.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perbuatan itu jelas meremehkan
pegangan dan amalan agama Islam yang dibina sejak zaman berzaman di negeri ini
selain mempunyai kepentingan tertentu walaupun sudah dimaklumkan tidak boleh
berpolitik dalam masjid.
Mengulas lanjut, Chee Boon berkata, SEMUA RAKYAT YANG DILAHIRKAN DI
NEGARA INI, DIBESARKAN DAN MENDAPAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEPATUTNYA SUDAH FAHAM
ISU SENSITIF SETIAP BANGSA DAN PENGANUT AGAMA MASING-MASING.
“Sebagai penduduk Malaysia, sudah pasti mereka membesar dan tinggal
dengan rakan-rakan berbilang bangsa dan agama, sepatutnya mereka tahu sedikit
sebanyak sensitiviti masyarakat lain.
“Menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semua
ahli politik MCA tidak pernah memberi ceramah atau menyampaikan bantuan di
dalam masjid di Johor sebelum ini.
“Terus terang saya katakan, kami (bangsa Tionghoa) kebanyakannya tidak
faham mengenai Islam dan adalah lebih baik MENGELAK DARI MELAKUKAN PERKARA
YANG BOLEH MEMBANGKITKAN KEMARAHAN,” katanya.
Selama ini pun katanya, ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti
politik seperti UMNO atau agensi kerajaan diwakili pegawai Melayu menyampaikan
bantuan, namun tidak pula dalam gereja, kuil Budha atau kuil hindu.