PAS Johor
menyokong cadangan UMNO negeri untuk MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
(DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Pesuruhjayanya,
Abdullah Husin berkata, Pas Johor yang kini bersama blok pembangkang menyokong
langkah Pengerusi UMNO negeri yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Ir
Hasni Mohamad untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi
menyerahkan surat cadangan pembubaran DUN.
Menurutnya, Pas
negeri terkejut dengan peletakan jawatan Menteri Besar oleh Datuk Osman Sapian
dan lebih mengejutkan ia berlaku semasa Sultan Johor tidak berada di dalam
negeri dan surat peletakan tersebut tidak dapat diserahkan kepada baginda.
“Bagaimanapun,
PAS Johor berpendapat peletakan jawatan oleh Osman itu adalah SANGAT WAJAR BERIKUTAN KEGAGALAN BELIAU MEMIMPIN KERAJAAN NEGERI JOHOR
ke arah yang lebih baik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.
“Kegagalan
beliau mengemukakan pelan tindakan perancangan ekonomi negeri sebagaimana
dititahkan oleh baginda sehingga kini telah mengakibatkan hala tuju pembangunan
di negeri Johor masih tidak jelas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya,
Osman bersama kerajaan negeri pimpinannya juga gagal menangani isu pencemaran
toksik di Pasir Gudang baru-baru ini
sekali gus ia menyerlahkan lagi kelemahan serta kerapuhan pentadbiran kerajaan
negeri Pakatan Harapan (PH).
Kerajaan negeri
juga, katanya, seolah-olah tiada pencapaian baik selain
pelaksanaan dasar baharu juga tidak berkesan khususnya kepada kesejahteraan
hidup rakyat.
Sementara itu,
pada masa sama, Abdullah menggesa supaya apa jua urusan dan keputusan
membabitkan negeri Johor oleh Perdana Menteri, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DAN KERAJAAN PUSAT, TIDAK
DIBUAT DENGAN MEMBELAKANGI SULTAN JOHOR.
“KENYATAAN SOMBONG DR.
MAHATHIR yang MENGATAKAN SULTAN JOHOR TIADA HAK DALAM PELANTIKAN
MENTERI BESAR AMAT DIKESALI dan Pas Johor
amat bimbang dengan perkembangan yang berlaku akan membawa berulangnya
peristiwa pada tahun 1986,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: KLIK DISINI