Langkah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Majlis
Tindakan Ekonomi kerana beliau TIDAK
GEMBIRA ATAU PUAS HATI DENGAN PRESTASI ANGGOTA KABINET, kata Penasihat Media Perdana
Menteri, Datuk A Kadir Jasin.
Realitinya adalah selepas LEBIH
LAPAN BULAN MENTADBIR NEGARA, KERAJAAN PH BELUM BERJAYA MENAMPAKKAN HASIL yang boleh dirasakan oleh rakyat
jelata. Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat jelata mula
kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan
perkhidmatan awam.
Boleh kata setiap kali beliau (Dr Mahathir) bersemuka dengan orang
ramai dan wartawan beliau ditanya BERKENAAN
KETIDAKCEKAPAN MENTERI, menteri yang amat jarang melawat rakyat jelata, menteri yang asyik
berswafoto (selfie) dengan pegawai-pegawai sendiri, menteri yang susah ditemui
dan MENTERI YANG
TIDAK BERCAKAP BENAR MENGENAI HAL-HAL PERIBADI.
Kerajaan semalam mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, yang
bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi
serta kewangan dan kebajikan rakyat. Katanya,
beliau melihat dengan mata kepala sendiri menteri yang disambut macam raja oleh
pegawai sendiri dan dikawal amat rapi oleh polis apabila turun padang sehingga
susah untuk rakyat jelata menghampiri mereka. Kalau setakat hendak disambut dan
makan bersama pegawai kanan dari ibu pejabat tak payahlah susah-susah ke luar
bandar atau ke rancangan Felda. Apabila ke luar bandar, ke rancangan Felda,
Felcra atau kampung nelayan duduklah dengan orang kampung, peneroka, pekebun
kecil, nelayan dan peniaga. katanya.
Justeru itu beliau menasihati MENTERI KABINET agar mengurangkan atau berhenti
berswafoto dengan kakitangan sendiri dan membuat tampalan Facebook, Twitter
atau Instagram yang remeh-temeh. Kalau boleh atau kalau berani, tolong KAWAL ANAK BINI SUPAYA TIDAK
HEBAHKAN GAMBAR DAN CERITA KEMEWAHAN MELANCONG ke pergunungan Alps, menaiki jet
peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo, katanya.
Beliau dalam pada
itu mengingatkan kerajaan PH bahawa media sosial yang membantu kemenangan PH
akan menjatuhkan PH kalau menteri, menteri besar, ketua MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI BUAT
KERJA TIDAK SENONOH, TIDAK CEKAP DAN TIDAK MESRA RAKYAT. Amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal mengharapkan PERDANA MENTERI MENYELESAI DAN
MEMBERSIHKAN SEMUA “NAJIS” yang dibuat oleh menteri, menteri
besar, ketua menteri dan timbalan menteri. Baliklah selalu ke kawasan atau ke
negeri dan kurangkanlah sikit tabiat tidak berada di kawasan supaya tidaklah
dituduh MALAS ATAU CURI
TULANG.