Isu berkaitan KELAYAKAN
PENDIDIKAN membabitkan pemimpin baik di
peringkat kerajaan Pusat mahu pun kerajaan negeri yang membelenggu Pakatan
Harapan (PH), TERNYATA SUDAH MENCEMARKAN IMEJ
MEREKA.
Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul
Karim berkata, ini kerana PH sudah menjanjikan pelbagai perkara termasuk
pembaharuan dan integriti sekali gus mereka perlu menjadi contoh yang baik jika
tidak mahu dianggap gagal.
Justeru, beliau berpendapat,
pihak yang membuat tuduhan juga perlu mengemukakan fakta dan sokongan terhadap
dakwaan dibuat, manakala pihak yang dituduh juga sebaik-baiknya perlu tampil
menjelaskan dan menjawab perkara itu.
"Kita menjanjikan
pembaharuan, menjanjikan masyarakat baharu (new society), integriti, sebelum
ini, kita kata pihak kerajaan lama dulu begini dan begini, jadi, kita mesti
jadi contoh yang baik, kalau tidak kita gagal.
"Persepsi itu sebahagian
daripada politik, tapi bermakna adalah lebih baik pihak yang dikatakan itu
tampil dan memberi penjelasan kerana masyarakat berhak mendapatkan penjelasan
dan lebih baik berterus teranglah, perlu hadapi," katanya ketika diminta
mengulas isu membabitkan kelayakan pendidikan pemimpin PH.
Beliau ditemui pemberita pada
Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2019
anjuran Yayasan Sejahtera Kulai yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk
Osman Sapian di sini sebentar tadi.
Media melaporkan, selepas cerita 'SIJIL
PALSU' TIMBALAN
MENTERI LUAR, DATUK MARZUKI YAHYA,
orang ramai mula meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan
diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali
sebagai Universiti Putra Malaysia.
Menurut laman Facebook Ops Johor,
warganet mula mempersoalkan kelayakan Osman kerana pemeriksaan mereka mendapati
UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985,
manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: KLIK DISINI