SHAH
ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan
pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.
Melalui catatan di
Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan CARA HIDUP ISLAM KIAN SERING
DIPERTIKAIKAN.
"MENGAPA
kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan
dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?
"Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati
cara hidup orang lain?," tanyanya.
Malah beliau turut bertanya SAMA ADA ORANG ISLAM BEGITU LEMAH hingga
terpaksa berkompromi.
Persoalan ini ditimbulkan
dipercayai susulan ISU KHATAN WANITA YANG MENJADI PERDEBATAN sejak
kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu DILABEL
SEBAGAI JENAYAH.
Ciapan
tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi
pandangan masing-masing.
Dr. Adam Izkandar menulis,
"SEBENARNYA ADA MUSUH DALAM SELIMUT YANG DIGELAR MUNAFIK.
Melayu Islam sendiri punca segalanya."
Zanjaf pula berkata, "UMAT
ISLAM MELAYU LEMAH KERANA BERPECAH BELAH. Musuh-musuh Islam
mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam SAMPAI KE CELAH KELENGKANG PUN
MEREKA KATA ADA UNSUR JENAYAH. MANA
MARUAH BANGSA DAN AGAMAKU?."
Adi Arfandi berkata, "sejak naik kepala umat Islam
berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung."
Sumber Rujukan: KLIK DISINI