Translate

23/11/2018

HA..HA...HA... BETUL KE HARTA MAHATHIR RM32JUTA ????

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Beruas, Datuk NGEH KOO HAM MEREKODKAN JUMLAH PENGISYTIHARAN HARTA TERTINGGI BERJUMLAH RM75,816,184.00.

Jumlah itu dipaparkan pada protal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pautan, mydeclaration.sprm.gov.my.

Berdasarkan portal tersebut, Penasihat DAP Perak itu mengisytiharkan keseluruhan aset milik dirinya termasuk isteri dan anak.

Perdana Menteri, TUN DR MAHATHIR Mohamad pula direkodkan memiliki aset bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali berjumlah RM32 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bersama isterinya turut mengisytiharkan aset sebanyak RM23 juta.

Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan oleh SPRM disediakan untuk membolehkan perisytiharan harta oleh anggota pentadbiran  dan ahli Parlimen kerajaan dipaparkan kepada masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan untuk membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan.

Sebelum ini, senarai perisytiharan harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal SPRM pada 1 Oktober lalu ditunda ke 15 Oktober.

Ia berikutan semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...