Pendedahan Tan
Sri Mohammad Shafee Abdullah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah MENDESAKNYA SUPAYA MENJADI PENDAKWARAYA KHAS perbicaraan Sodomi II Anwar Ibrahim
telah membuka ‘PANDORA
BOX’ yang paling digeruni oleh Perdana
Menteri itu.
Menurut ketua UMNO Bahagian Batu Pahat,
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pendedahan tersebut membuktikan DR MAHATHIR MENCAMPURI
URUSAN NEGARA, MENGGUNAKAN UGUTAN DAN MENGUTAMAKAN AGENDA
PERIBADI.
“Setelah tiga
hari Shafee membuat kenyataan media, Perdana Menteri dan tali barutnya Matthias
Chang masih membisu dan tidak menjawab pendedahan tersebut.
“Shafee adalah peguam tersohor dan
‘credible’. Sudah pasti kenyataan medianya bukan calang calang. Mana mungkin
dia membuat kenyataan mengejutkan itu tanpa asas apatah lagi jika bertujuan
fitnah,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Tambah Puad, Shafee turut mendedahkan
mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keberatan dengan permintaan
tersebut yang boleh menyinggung perasaan Tan Sri Ghani Patail.
“Jalan
ceritanya hampir sama apabila Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan
UMNO Johor di Hotel Pullman Putrajaya. Dalam pertemuan itu Dr Mahathir
memaklumkan dia telah berjumpa dengan Najib dan Najib bersetuju membina semula
Jambatan Bengkok dengan syarat UMNO johor bersetuju. UMNO Johor tidak bersetuju
dan itu satu sebab Dr Mahathir marah dengan Najib.
“Lebih mengejutkan, Matthias
memaklumkan Perdana Menteri ada ENAM
TUNTUTAN TERHADAP NAJIB.
Jika
tidak dipenuhi, Dr Mahathir akan menentang Najib habis habisan.
“Apakah lima lagi tuntutan Mahathir
itu? Apakah amalan ugut ini juga digunakan sekarang sehingga menyebabkan
Menteri Menteri PH termasuk DAP dan Wan Azizah seperti dicucuk hidung,” soal
Puad.
Tambah beliau, ternyata campur tangan
dan ugutan Dr Mahathir itu bertujuan peribadi.
“Ia mendedahkan DR MAHATHIR MELAKUKAN ‘TIKAM BELAKANG’
TERHADAP ANWAR.
Dia bimbang Anwar menang kes Sodomi II. Dia mahu Anwar dipenjarakan. Sekarang
dia terpaksa membebaskan Anwar. Sebab itu mana mungkin Anwar akan menjadi Perdana
Menteri ke 8,” katanya.
Justeru itu, beliau mendesak Dr
Mahathir dan Matthias tampil membuat penjelasan kerana ini melibatkan
pendedahan serius dan mencabar kredibiliti mereka termasuk konspirasi mereka
memfailkan saman di Pejabat DOJ.
“Rakyat, Bar Council, UMNO, PAS, NGO
termasuk NGO guaman perlu membuat laporan Polis. POLIS JUGA MESTI SECARA
PROFESSIONAL MEMBUAT SIASATAN PENUH,” katanya.
Sumber: KLIK DISINI