KITA PERLUKAN PEMIMPIN UMNO GIGIH
BERUSAHA BUKAN BIJAK MENCIPTA ALASAN.
Ahli
UMNO dan KJ perlu melihat bahawa kenyataan kenyataan Najib sedikit sebanyak
berdasarkan kedudukan beliau sebagai ahli Parlimen Pekan dan kenyataan KJ YG
MENJADIKAN NAJIB SEBAGAI KAMBING HITAM adalah sangat tidak wajar..
Lagi pun menjadikan PRK DUN Selangor sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap umno merupakan satu gelanggan yg tidak tepat.
Kekalahan BN pada PRU lalu perlu
diterima sebagai kekalahan bersama akibat pengaruh fitnah dan adalah tidak
wajar menjadikan PRK Sg Kandis sebagai alasan kehadiran Najib kerana saya
sangat yakin sekiranya Najib tidak membantu atau Najib mengambil keputusan
menyerang parti sendiri sememangnya UMNO tiada masa depan kerana Najib cukup
dekat dihati ahli UMNO yang ada.
Malah hampir setiap hari KENYATAAN
KENYATAAN NAJIB MUNCUL DIMEDIA SOSIAL SEBAGAI PANDUAN dan
perbandingan pertadbiran sekarang dan Najib Razak sebelum ini.
Trend terkini rakyat Malaysia memilih
parti yang akan diundi bukan kerana idealogi sesebuai parti sebaliknya kerana
benci. Sebagai contoh apabila mereka benci BN mereka undi PH dan saya yakin
berdasarkan keadaan terkini apabila mereka membenci PH saya yakin umno yang
akan mereka pilih.
Lagi pun PEMIMPIN UMNO TIDAK
BOLEH ADA AGENDA DIDALAM AGENDA DAN TIDAK PERLU RAKUS untuk naik
keatas.
Adalah diharapkan KJ dan beberapa ahli
umno BERHATI HATI MEMBUAT KENYATAAN yang tidak mengelirukan ahli
ahli umno keseluruhan.
Menjadikan Najib sebagai kambing hitam adalah tindakan desperado ahli ahli politik yang kepentingan.
Sebagai ahli parti umno saya berhak
menyatakan dan KJ PERLU MUHASABAH BUKAN MENUDING JARI sebaik
umno menghadapi masalah dan meminjam kata kata yang pernah saya tulis sebelum
ini berbunyi..
Apabila nyior sudah bongkok kura
kura pun berani melintas.
Lebih 61 tahun pembangkang tidak pernah
berputus asa menjadi pembangkang dan agak melucukan tidak sampai 100 hari KJ
dah nak gaduh sesama sendiri..
Saya akui KJ pemimpin bijak dan ada
ketokohan namun sekiranya KJ melihat kehadiran Najib melemahkan parti maka saya
rela melihat KJ KELUAR PARTI dan memilh mana mana parti
kerajaan kerana pemimpin BIADAB terhadap bekas pemimpin
memang tidak wajar disokong..
Ketika ini rakyat sedang sibuk membuat
perbandingan termasuk penoraka Felda antara pentadbiran sekarang dan pada zaman
Najib Razak dan adakah kenyataan KJ ini keluar kerana KJ tidak selesa melihat
nama Najib terus menjadi sebutan dan perbandingan serta mutakhir ini mula
mendapat pujian?
Berjiwa besarlah KJ
Sumber: KLIK DISINI