KEADAAN DI PUTRAJAYA BAGAIKAN DILANGGAR
GARUDA. Semua orang nampak monyok dan tiada
berdaya. Buffet di hotel hotel tiada sambutan. Di Bazar sepi, di Alamanda sepi, di mana mana pun
macam tidak
berseri lagi.
Apa sudah jadi?
Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pekerja
kakitangan kerajaan adalah yang paling terasa suram menyambut ketibaan 1 Syawal
kerana banyak berita buruk yang diterima mereka pada
tahun ini selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lepas.
Hari ini genap 27 hari pentadbiran
kerajaan PH, masih ada lagi 73 hari lagi untuk janji 100 hari. Nampaknya awal
awal lagi PH SUDAH ANGKAT BENDERA PUTIH DAN MENGAKU TIDAK MAHU TUNAI
JANJI. PH gagal menandingi BN yang berjaya laksanakan 99.6% janji
dalam penggal yang lepas.
Selepas sembilan tahun, ini kali pertama penjawat
awam tidak menerima bayaran bantuan khas kewangan dari kerajaan sebanyak RM500 seperti
kebiasaan tetapi hanya diberi RM400 oleh kerajaan PH. CUEPECS sudah mula
pertikaikan, kenapa dipotong RM100, sedangkan jumlah RM500 itu sudah diluluskan
dalam parlimen.
Untuk penjawat awam yang dalam gred
atas dari 41, mereka tidak dapat apa-apa bayaran bantuan khas kewangan pada
tahun ini, kecuali RM1,000 yang sudah dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional
(BN) di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
LEBIH MALANG KAKITANGAN KONTRAK, PSH dan imam imam tidak mendapat langsung nikmat
bonus hari raya tahun ini.
Ketua ketua kampung lagi lah, tiada lagi gaji untuk mereka menyambut Syawal
ini.
Persiapan menyambut Hari Raya oleh
mereka yang mendapat bonus kurang pasti berbeza daripada tahun sebelumnya
kerana keputusan mengejutkan kerajaan pakatan PH.
BR1M yang diganti dengan
BASAH, Bantuan Sara Hidup juga mungkin tidak akan dapat lagi. Semalam PH sudah umumkan BASAH akan
dikaji semula. Apa boleh buat, tidak merasa lah lagi duit BR1M menjelang Hari
Raya ini.
Kalau undi BN, sudah tentu sudah masuk
BR1M sejumlah RM800 sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto BN.
Banyak boleh dibuat dengan RM800 dan
RM100 yang dipotong dalam bonus. Dengan jumlah RM900 dan tol percuma selama 5
hari, macam macam benda yang boleh dinikmati oleh 7.2 juta penerima BR1M, tidak
termasuk mereka yang berpendapatan isi rumah diantara 4000-5000 yqng sepatutnya
mula terima brim.
Duit raya boleh dimasuk lebih dalam
sampul, baju raya anak boleh dibeli, ketupat rendang mak dikampung boleh dibeli
dan macam macam juadah boleh dibeli. Tetapi kali ini rakyat Malaysia kena
betul betul ikat perut, hilang nikmat RM900 itu begitu sahaja. Lesap
dengan alasan hutang negara yang kononnya banyak.
Suasana suram juga turut
terasa dalam kalangan peneroka FELDA yang hanya mendapat 400 insentif, kalau
BN menang dah tentu dapat 5000 insentif, hutang beli saham FGV lupus, hutang
tanam semula pun BN nak lupus, tapi nak buat macamana, bukan takat kakitangan
kerajaan, peneroka pun ada yang tolak BN. Ia adalah sesuatu yang amat berbeza
daripada sebelum ini apabila Najib sentiasa mengumumkan macam-macam untuk semua
keluarga peneroka.
Hari Raya tahun lepas, Najib
mengumumkan FELDA mengumumkan pembayaran insentif Hari Raya sebanyak RM47.28
juta dengan kadar RM500 bagi setiap keluarga peneroka.
SEKARANG INI TIDAK ADA LAGI DUIT RAYA. Pada 3 Jun lepas, 100,000 orang
peneroka menuntut dari kerajaan PH supaya meneruskan pemberian duit raya kepada
peneroka untuk meringankan beban mereka untuk membuat persiapan menyambut Hari
Raya. Kerajaan PH diam sahaja.
Bukan sahaja FELDA, mereka yang bernaung
di bawah FELCRA
DAN RISDA juga tidak ada mendapat apa-apa yang istimewa untuk
Hari Raya pada tahun ini.
Selepas raya, PENJAWAT AWAM KENA IKAT
PERUT LAGI SELAMA 48 HARI KERANA GAJI SETERUSNYA AKAN MASUK PADA 25 JULAI 2018.
Kalau lah ada RM900 itu banyaklah juga membantu. BASAH yang gantikan BR1M pun
dah tiada lagi.
Pada tahun ini, perkarangan Kompleks
Seri Perdana di Putrajaya kini juga suram apabila tidak ada lagi majlis berbuka puasa bersama
anak-anak yatim dan pelajar pusat tahfiz diadakan seperti kebiasaan ketika Najib menjadi
Perdana Menteri.
Tiada lagi bungkusan kurma diagih, tiada lagi sampul raya untuk anak
anak yatim. KERAJAAN PH LEBIH SIBUK KUTIP DERMA KONONNYA UNTUK SELAMATKAN
NEGARA.
Sibuk main persepsi tiap hari, rakyat depan mata yang perlu dibantu dialpakan.
POLITIK KERAJAAN PH PENUH DENDAM DAN
KEBENCIAN.
Kenapa rakyat yang perlu jadi mangsanya? Sudahlah balas dendam pada rakyat,
institusi raja pun hendak dicabar mereka. Apa sebenarnya yang kerajaan PH
hendak sebenarnya?
Yang peliknya ada pulak
nak bagi Ting Pek Khiing projek buat Langkawi City bernilai 31b
dan
boleh pulak bagi projek kat Vincent Tan buat airport baru di Pulau Tioman.
Tulisan :
Pekerja Kontrak Yang Kena Buang