KUALA LUMPUR 26 Jun - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad MENGAKUI
MEMIMPIN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN HARI INI ADALAH LEBIH SUKAR berbanding ketika beliau
menerajui kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional.
Beliau berkata, kesukaran itu
berlaku kerana sebelum ini BN mempunyai parti dominan iaitu UMNO.
“Tetapi di sini (Pakatan
Harapan), kamu KENA MENDENGAR KEPADA EMPAT SUARA BERBEZA dan kamu
perlu merumuskan dan mengatakan, ini secara amnya apa yang anda percaya, dan
kemudian mendapatkan persetujuannya.
“Tetapi nasib baik untuk kami,
kami dapat mencapai persetujuan walaupun fakta bahawa orang mengatakan gabungan
kita bukan gabungan yang sangat kuat,” katanya seperti dipetik portal
antarabangsa, Channel News Asia, semalam.
Sementara itu mengenai usaha
menangani amalan rasuah di negara ini, Dr. Mahathir berkata, kerajaan sedang
mempertimbang untuk melaksanakan amalan tanpa tunai atau menukar mata wang.
Kata beliau, walau bagaimanapun
tiada keperluan untuk kerajaan menambat ringgit namun tetap akan meneliti
pilihan tersebut sekiranya diperlukan.
“Kami sedang mengkaji cara
terbaik bagi menurunkan rasuah, dan bagaimana untuk mengawasi wang yang
dibelanjakan terutama oleh kerajaan.
“Pada ketika ini, tidak perlu
(menambat ringgit). Tapi, kami juga akan meneliti amalan tersebut. Tindakan itu
merupakan satu daripada pilihan yang kami ada,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: KLIK DISINI