PAHOA: Penduduk PULAU ‘SYURGA’ peranginan Hawaii terus cemas apabila Gunung Berapi Kilauea
meletus lagi pada Selasa, lantas menghamburkan gas toksik dari dua lohong
baharu.
Reuters melaporkan, aktiviti terbaharu bencana raksasa itu memaksa pihak berkuasa dan penyelamat menggiatkan usaha membantu penduduk dari kejiranan kedua di Big Island berpindah ke lokasi lebih selamat.
Agensi Pertahanan Awam Hawaii mengeluarkan notis darurat yang menggesa penduduk Lanipuna Gardens di timur pulau itu meninggalkan kediaman mereka serta-merta.
“Pemantau Gunung Berapi Hawaii mengesahkan dua lagi lohong baharu yang MENGHAMBURKAN HAWA PANAS DAN GAS BERACUN. Semua perlu berpindah sekarang,” ujar agensi itu yang tidak menolak kemungkinan muntahan lahar akan menyusul.

Sebelum ini, penduduk di Lelani Estates meninggalkan kejiranan itu yang
sudah diselubungi sulfur selain terpaksa mencari jalan keluar yang selamat
menerusi rangkaian jalan raya yang sudah merekah.
Lebih 35 kediaman dan banyak struktur bangunan serta harta benda lain sudah musnah dalam bencana itu akibat aliran lahar.
Seorang usahawan, David Nail, yang pernah menjual perniagaannya di Orange County, California semata-mata untuk bermastautin di Lelani Estates bersama isterinya yang menderita penyakit Parkinsons, kini pasrah dengan situasi.
Dia memberitahu, aliran lahar setinggi 20 kaki sudah menghalang pandangannya daripada melihat keadaan rumah mereka. Pasangan itu tidak pasti sama ada kediaman ‘syurga’ mereka sudah musnah sepenuhnya.
“Apa yang kami mampu lakukan hanyalah menangis sambil memandang dari jauh,” kata Nail.

Setakat ini kira-kira 1,700 penduduk di Lelani Estates sudah
dipindahkan, sementara Kilauea terus mengeluarkan lahar dari rekahan tanah.
Kawasan bencana semakin meluas dan pakar bimbang dengan kemungkinan aktiviti seismik yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
“Masih banyak magma di bawah tanah. Kadar seismik terus melonjak,” ujar Agensi Pertahanan Awam Hawaii, Talmadge Magno.