SEPANGGAR: DEWAN RAKYAT
mungkin AKAN DIBUBARKAN
sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto
Barisan Nasional (BN) menjelang akhir minggu depan, kata Pengarah Komunikasi
Strategis Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada Ahad.
"Ada
kemungkinan... berdasarkan pengalaman kami yang dulu, pelancaran manifesto
Barisan akan diadakan selepas pembubaran Parlimen. Itulah tradisi.
"(Tetapi)
Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Najib akan menggunakan kaedah yang
sama," katanya kepada pemberita selepas meneliti keadaan jalan dan saliran
di Sepanggar di sini.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, manifesto tersebut dijangka dilancarkan
pada minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan Rakyat akan
diadakan pada 5 April.
"Seseorang
memberitahu saya, tetapi saya tidak dapat mengesahkan, anda (orang) boleh
menjangkakan minggu depan Parlimen akan dibubarkan," katanya.
Menurut
Abdul Rahman, pelancaran manifesto itu akan diadakan pada perhimpunan besar di
Bukit Jalil.
Katanya,
beliau telah melihat manifesto itu dan akan ada perkara yang 'baik dan
mengejutkan' untuk Sabah.
"Terdapat
juga beberapa perkara (dalam manifesto) yang tidak pernah difikirkan sebelum
ini, tetapi kami (pemimpin Barisan Sabah) berjuang keras untuk perkara tersebut
supaya Perdana Menteri memasukan satu atau dua perkara dalam manifesto itu.
Hanya perlu tunggu sehingga pelancaran (untuk mengetahui perkara itu),
"katanya.
Abdul
Rahman berkata, hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga akan
dimasukkan dalam manifesto itu.
Baca lebih lanjut di KLIK DISINI