AUGUST 16, 2017
Kelahiran
Lim Kit Siang di Zhangzhou,
daerah Fujian, China pada tahun
1941 sepertimana yang didedahkan oleh
Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) mengesahkannya dari DNA anggota komunis.
“Lahir sebagai seorang komunis pada tahun 1941, di ZhangZhou di Fujian,
China dan datang ke Malaysia pada umur 16 tahun dengan
tongkang untuk bekerja di ladang babi.
“Tidak hairanlah biro pendidikan DAP meniru teknik
indoktrinasi Tentera Merah China untuk mencipta Tentera Kacang Merah (Red Bean
Army) untuk menjalankan aktiviti subversif mereka pada 2008,”kata Arthur Sim
dalam Facebook.
Gregor Benton dalam bukunya bertajuk “Mountain
Fires: The Red Army’s Three-Year War in South China, 1934-1938” mendedahkan
komunis Minyue (Fujian) bekerjasama dengan komunis Zhangzhou menganjurkan
demonstrasi menentang Jepun pada 1936.
Ia selaras dengan pendedahan oleh Shafik Abdullah,
Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP yang berkata Kit Siang lahir dalam kelompok
petani di Zhangzhou, di mana golongan petani merupakan tulang belakang komunis
di China.
Shafik berkata, dia sendiri pergi ke China dan
melihat nama Kit Siang telah didaftarkan dalam buku ‘Daftar Rumahtangga China’.
“Buku adalah pendaftaran turun-temurun semua anak
kelahiran di China akan didaftarkan dalam buku tersebut. Apabila petani yang
lahirkan anak di China, bila didaftarkan dalam buku tersebut, kerajaan China
akan memberikan satu petak tanah.
“Itu kebaikan kerajaan China, lahir saja anak dapat
satu plot tanah, itu bagi golongan petani, bukan penduduk bandar. Daripada data
di dalam buku berkenaan, saya sudah lihat tapi tak dapat ambil gambar dan ambil
bukti kerana melibatkan maklumat peribadi dan sulit,” katanya pada sidang
media di luar pekarangan Ibu Pejabat
Daerah (IPD) Petaling Jaya baru-baru ini.
Dengan latar belakang seperti di atas, Arthur Sim
mempertikaikan kesetiaan Kit Siang terhadap Malaysia.
“Bagaimana anda mengharapkan kader komunis yang
keras kepala seperti dia (Kit Siang) untuk mempunyai kesetiaan kepada negara
demokrasi yang diterima pakai seperti di Malaysia?
“Si pengkhianat ini tidak mempunyai kelayakan untuk
hidup di Malaysia seperti yang dapat dilihat dari tindakan khianatnya pada (13)
Mei 1969 yang akhirnya membawa kepada rusuhan kaum yang menyebabkan ramai
cedera dan mati.
“Apabila rusuhan (13 Mei) itu meletus, dia ditemui
bersembunyi di Hotel Winner di Kota Kinabalu dan hanya kembali ke Tanah Melayu
selepas rusuhan itu berkurangan,”katanya lagi.
Polis
Diminta Segerakan Siasatan Asal Usul Kit Siang.
Lim Kit Siang Lahir Di Zhangzhou, Daerah Fujian,
China.
Kit Siang Tiba Di Tanah Melayu Pada 1957.
Identiti Kelahiran : Dr Chen Man Hin Lebih
Berintergriti Berbanding Lim Kit Siang.
Lucut
Jawatan Lim Kit Siang
Jika Terbukti
Palsukan Kelahiran.
Kit Siang Enggan Dedah Tempat Kelahiran, Marah Pemberita.