KUALA ROMPIN,
16 Ogos — Penduduk di sekitar bandar ini digemparkan dengan penangkapan ikan pari “hantu” seberat 250
kilogram pada Jumaat
lalu.
Ikan pari jenis
ketuka yang tersangkut pada rawai nelayan Rusdi Endut, 54, dijual lebih RM700,
lapor Sinar Harian.
“Dulu ikan pari
seperti ini tiada harga, sekarang dah ada harga lagi-lagi kalau musim ikan
kurang seperti sekarang,” katanya.
“Dapat ikan
pari sebesar ini memang berbaloi.”
Rusdi mengakui
“sudah lama” tidak menangkap ikan seberat itu walau pernah mendapat ikan pari
lebih besar daripada tangkapan terbarunya itu.
“Pernah hampir
10 [tahun] dulu saya pernah dapat lagi besar hingga tidak boleh hendak buat
naik atas bot sebab besar sangat.
“Ikan itu pula
yang tunda bot, jadi terpaksa lepaskan,” katanya, yang menyifatkan pari seberat
70 hingga 100 kg seekor sebagai tangkapan biasa.
Sumber: KLIK DISINI