Timbalan Presiden
PPBM Mukhriz Mahathir berkata, tindakan akan diambil terhadap ahli Exco
Armada, Muhammad Hafiz Azhar,
kerana membangkitkan isu-isu sensitif mengenai pemimpin-pemimpin parti dan
kerana tidak melindungi parti.
Pada asasnya Muhammad
Hafiz telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan bagaimana
anak-anaknya menjadi kaya luar biasa dan untuk menjelaskan dakwaan skandal
hubungan sulit Muhyiddin Yassin dengan seorang
wanita yang sudah berkahwin. Muhammad Hafiz juga berkata ahli-ahli hilang
keyakinan dengan pemimpin-pemimpin parti kerana kekurangan
integriti dan penyalahgunaan kuasa. (BACA ITEM BERITA DI BAWAH).
Kerana
pelanggaran ‘peraturan’ parti ini kononnya, tindakan akan diambil terhadap
Muhammad Hafiz. Apabila Mukhriz, Muhyiddin dan beberapa pemimpin yang lain
melakukan perkara yang sama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak, mereka berkata ia adalah hak mereka untuk menyerang Najib dan bahawa ia
adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap pengkritik Perdana Menteri.
Maka mengapa tidak PPBM tidak amalkan apa yang ia laungkan?
Mereka perlu
menjawab soalan-soalan itu dan bukan mengambil tindakan terhadap Muhammad
Hafiz sebaliknya. Lagipun ini adalah soalan sah. Bagaimana
anak-anak Mahathir menjadi bilionair dan apa cerita di sebalik
skandal Muhyiddin yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee? Jika
mereka enggan menjawab soalan-soalan ini apakah hak yang mereka ada untuk
menuntut Najib menjawab soalan-soalan mereka?
Exco Armada tuntut penjelasan
(Utusan Malaysia) – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan
parti itu yang dilihat tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa.
Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai soalan
diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh
mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar
pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi
semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.
“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui
kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti
adalah sia-sia,” jelasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Exco Biro Keselamatan Armada bersama lebih 30 ahli
PPBM hadir menyatakan sokongan dan mendesak agar pemimpin parti memberi
penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Muhammad Hafiz berkata, anak muda benar-benar mahu berjuang untuk parti
tetapi jika pucuk pimpinan yang ada tidak mampu memberikan semangat yang sama,
lama kelamaan keyakinan mereka semakin hilang.
“Dahulu mereka menjanjikan satu perjuangan yang bersih, tetapi kini
mereka sendiri tidak bersih dengan skandal dan isu yang tidak dapat
diselesaikan,” katanya.