Selepas mengesahkan Perbelanjaan Operasi Tahunan Pulau
Pinang secara konsisten meningkat setiap tahun mencecah 500 peratus dari apa
yang dibelanjakan pada 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng masih gagal menjawab dengan jelas persoalan
yang kami kemukakan minggu lalu sebaliknya memilih untuk melencong dan membuat
kenyataan retorik.
Bagi
mengelakkan keraguan, kami ulangi persoalan kami dengan secara lebih jelas
melalui jawapan ya atau tidak.
Adakah benar
kerajaan negeri Pulau Pinang telah menjual atau
memperdagangkan tanah dan aset bernilai sekurang-kurangnya RM37 bilion sejak DAP mengambil alih kerajaan
negeri pada 2008?
Kami
bersedia mengemukakan senarai urusniaga berkenaan untuk Guan Eng mengesahkan
jika beliau bersedia untuk mengesahkan atau mempertikaikan senarai itu.
Adakah benar
tidak banyak lagi tanah milik kerajaan negeri untuk dijual sebagaimana
dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tahun lalu?
Peningkatan kos PTMP
Adakah benar
kos bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) telah meningkat
pada harganya dari RM27 bilion kepada RM46 bilion sejak setahun lalu
sebagaimana dinyatakan oleh Chow.
Adakah benar
kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat pinjaman dari bank bagi mengisi
jurang perbezaan antara RM27 bilion dan RM46 bilion sebagaimana dinyatakan Chow
melalui temuramahnya dengan The Edge, pada Julai tahun lalu? Chow dipetik
sebagai berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman bank bagi mengimbangi
baki kos pembinaan PMTP.
Benarkah
kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini memindahkan dana dari rizab kerajaan
negeri sebanyak RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada syarikat milik
kerajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan PDC telah mencatatkan
keuntungan yang menjunam sebanyak 80 peratus pada tahun sebelum ini dan
tambahan RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)?
Demi
ketelusan dan akauntabiliti, soalan di atas adalah relevan kepada masa depan
Pulau Pinang dan rakyatnya.
Sumber: KLIK DISINI