Translate

09/05/2017

RAFIZI BAPOK Sudah Keterlaluan Hina Mahkamah Syariah

“Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang,” itu kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim mahkamah syariah.
Tuduhan tidak berasas itu juga katanya, mampu mewujudkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah sekali gus merendahkan martabat hakim-hakim mahkamah syariah.

“Jadi kita minta Rafizi menarik balik kenyataan itu atau memohon maaf secara terbuka. Kita berikan tempoh masa sebulan untuknya berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.
“Ia juga satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu yang telah melantik hakim mahkamah syariah sekaligus merendahkan reputasi mereka di mata masyarat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.
Wan Abd Malik membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berikutan kenyataan yang dibuat Rafizi dalam program ‘Parlimen Olok-olok’ pada 10 April lepas, bahawa pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 1965 (RUU 355) yang dibentang Ahli Parlimen Marang, yang tidak menyentuh soal kenaikan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...