Mahathir
Yang Jual
100%
Pelabuhan Kuantan Pada 1998, Apa Pula Kaitan Dengan Najib?
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pelabuhan Melaka dan Kuantan
bakal menjadi markas tentera laut China setelah projek penambahbaikannya siap
kelak.
Menerusi
blognya semalam, Dr Mahahtir berkata, setelah tentera China meletakkan
tenteranya di dua lokasi ini, Malaysia tidak lagi akan menjadi negara
berkecuali sepertimana dasar yang dilakukan selama ini.
“Najib sudah
pun mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China dan seorang penulis China
menyatakan pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun dengan berbillion
Ringgit modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut China.
“Kemenangan
Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak
lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu,” kata Dr Mahatir
menerusi posting terbarunya bertajuk ‘DAP’ yang secara jelas memuji rakan
politik barunya itu.
Sungguhpun
asas kepada dakwaan ‘pangkalan tenteran China’ Dr Mahathir ini ekoran pelabur
terbesar bagi kedua-dua projek ini berasal dari Republik Rakyat China, dakwaan
tersebut sekadar tuduhan tanpa asas ekoran kerajaan sendiri sudah menafikannya.
Menyoal
sumber Dr Mahathir memetik ‘penulis China’, penganalisis politik Lim Sian See
bertanya kembali siapakah penulis berkenaan dan menggesa Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tampil membuat penjelasan.
Sumber: BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI