Buku ‘Becoming
Hannah’ Ceritakan Hasrat DAP Mahu Malaysia
Diperintah Ikut Agama Kristian
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor
merangkap ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dari parti DAP menerusi bukunya
‘Becoming Hannah‘ mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang
bebas dari pengaruh agama.
Penganalisis
politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP adalah sebuah parti hipokrit kerana berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian tetapi pada masa sama mendesak agar PAS dan UMNO tidak mencampuri
isu politik dengan agama Islam.
“Sedarkah kita bahawa tatkala DAP
melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama,
pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan
urusan agama?
“Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan
Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh,
bertajuk “Becoming Hannah” (Menjadi Hannah) adalah salah satu bukti nyata
mengenainya,” katanya dipetik satu kenyataan.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, DAP mendakwa Malaysia adalah sebuah negara
sekular
dan perlu kekal dengan pentadbiran
sekular.
Justeru DAP kata Dr Kamarul Zaman, mahu
semua pihak yang mencampuri urusan agama dengan politik ditentang secara
habis-habisan.
Sumber: KLIK DISINI