Sebaik sasaran Projek for the New
American Century (PNAC), yang sama dengan Arab Spring dan Revolusi Jingga
(Orange Revolution) di Ukraine dicapai, BERSIH dan aktivis mereka akan lesap
seperti mana kumpulan hak asasi lain di serata dunia menurut seorang peguam
Australia.
Quintin Rozario
yang berpangkalan di Brisbane berkata banyak kumpulan dan aktivis hak asasi di
seluruh dunia, yang ditaja oleh entiti asing, lenyap begitu
sahaja selepas berjaya menganjurkan apa yang dipanggil sebagai ‘Kebangkitan
Rakyat’ untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
“Di mana kesemua
aktivis Arab Spring dan Revolusi Jingga? Semua hilang begitu sahaja,” menurut beliau.
Blueprint PNAC adalah polisi luar negara semasa
Amerika yang ditulis pada tahun 1992.
Ia adalah satu doktrin baru yang memerlukan kuasa Amerika menjadi
agresif dan bersendirian yang akan menjamin kedudukan Amerika sebagai kuasa
dominan hal ehwal dunia, dan melalui kekerasan jika diperlukan.
Rozario mengkritik aktivis BERSIH dan wakil rakyat
pembangkang sebagai hipokrit kerana mengajurkan perhimpunan jalanan
yang menuntut ‘pilihanraya yang bersih dan adil’ di Malaysia.
“BERSIH
mendakwa mereka kumpulan pro-demokrasi. Inilah yang sering ditunjukkan oleh
media asing.
“Tetapi
yang ironinya adalah kenapa kumpulan demokrasi seperti BERSIH menggunakan taktik komunis dengan menggunakan kekerasan
protes jalanan yang huru hara seperti Bolshevik, Arab Spring dan Revolusi
Jingga?”
Beliau berkata, kebanyakan penaja BERSIH adalah dari parti
pembangkang dan ramai aktivisnya adalah wakil rakyat, maka BERSIH adalah sebuah
parti politik de facto yang bertopengkan sebuah gerakan hak asasi.
Beliau berkata lagi, aktivis dan wakil rakyat memberikan harapan
palsu yang proses demokrasi di negara ini tidak bebas dan adil dan tidak
menyebut yang mereka juga mengundi dan diundi di bawah proses demokrasi yang
sama.
Sumber: KLIK DISINI