Translate

27/06/2016

Rafizi Mengadakan Perjumpaan Sulit Dengan Pegawai SPRM ?

Tidak menghairankan apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan ada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghubunginya dan mengadakan perjumpaan sulit biarpun ia bertentangan dengan etika kerajaan.

Persoalan kini timbul, apakah yang dibicarakan dan apa pula dokumen yang diserahkan kepada pemimpin pembangkang itu.

Tindak tanduk pegawai SPRM sudah lama diragui apatah lagi pada Ogos tahun lalu, polis turut menyerbu ibupejabat SPRM berikutan kebocoran dokumen yang dipercayai berlaku dalam agensi penguatkuasaan itu.


Di manakah integriti yang dilaungkan SPRM selama ini hingga menghubungi pemimpin pembangkang dan bertemu secara sulit? Apakah dokumen yang diserahkan kepada Rafizi?

Mengapa perlu bertemu secara sulit? Bukankah itu melampaui integriti digariskan SPRM kepada agensi kerajaan lain? Adakah ini cakap tak serupa bikin?

SPRM sebuah agensi menguatkuasakan undang undang terhadap orang lain, tetapi siapa pula yang memantau SPRM?

Atau SPRM sudah besar kepala hingga merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk melanggar integriti agensi itu sendiri?

Siapakah pegawai terbabit? Rafizi perlu mendedahkan identiti pegawai itu.

Sumber: My Nation News (25/06/2016)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...