Serah Kedah Pada PAS, Mukhriz Mendahului
Rakyat
Tuduhan Mukhriz konon UMNO akan menyerahkan negeri Kedah kepada PAS, adalah satu
tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih serta didorong rasa kecewa kerana dipecat
dari UMNO minggu sudah.
Mana dia bukti untuk tuduhan itu selain seakan
menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan.
Boleh main serah-serah negeri macam tu saja, ingat ni wayang Nujum Pak Belalang ke?
Lebih baik Mukhriz berdoa kepada
tuhan minta nyawa bapanya panjang lagi
sehingga PRU14 kerana nanti bila kempen pilihanraya
itu bermula, siapa yang Mukhriz nak seret untuk bantunya berkempen lagi dah?
Ya betul, jaguh-jaguh Mukhriz, cerdik
pandai Mukhriz tapi dia adalah satu-satunya
wakil rakyat dalam negara ini yang berkempen bawak bapak sekali.
Sebetulnya keadaan bukan macam itu tapi
kalau UMNO masih mengekalkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, harapan untuk
PAS kembali berkuasa tu cerah. Menyingkirkan Mukhriz tu sebenarnya memadamkan
terus peluang PAS untuk kembali berkuasa.
Kepimpinan yang lemah, kedekut, tidak setia
kepada parti adalah antara sebab kenapa kita katakan begitu (PAS
kembali berkuasa kalau Mukhriz masih MB). Sekarang dah di tangan Ahmad Bashah,
peluang dari samar kepada lebih baik.
Tambah pulak dengan PAN dan sebagainya
ni, lagi besar peluang nak kekal menang tu.
Sumber: Balqis Sheikh