KUALA LUMRUR –
Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar supaya menjelaskan
mengenai aset RM100-RM200 bilion milik UMNO dan sudahkan aset ia dipulangkan
kepada parti itu.
Blogger
politik, Raja Petra Kamarudin menuduh Mahathir menukar parti Melayu itu
daripada sebuah parti politik kepada syarikat korporat selepas pendaftaran
parti itu dibatalkan dan dibentuk semula akibat perebutan kuasa
Mahathir-Razaleigh pada penghujung 1980an.
Raja
Petra membuat tuduhan itu dalam tujahannya terhadap Mahathir, yang mengerakkan
kempen menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
selepas berjaya mengulingkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kempen
Mahathir itu menyorot perhatian ke hal kewangan syarikat berkaitan kerajaan,
1MDB, dengan penekanan kepada deposit US$600 juta dalam akaun peribadi Najib
yang menurut pemerintah sebenarnya derma politik dari Arab Saudi untuk pilihan
raya umum 2013.
RPK
dalam tujahannya berkata bekas perdana menteri itu telah berbohong dalam surat
terbukanya kepada ahli-ahli UMNO minggu lalu, dalam cubaan menarik sokongan
mereka untuk menjatuhkan Najib.
Beliau
berkata Mahathir tidak menceritakan sepenuh kebenaran dan berbohong untuk
mengambil kesempatan diatas generasi muda yang tidak arif akan sejarah UMNO dan
dirinya.
Beliau
berkata UMNO dihimpit masalah kewangan akibat daripada pembatalan pendaftaran
parti itu oleh mahkamah selepas Tengku Razaleigh Hamzah hampir menumpaskan Mahathir
dalam pemilihan parti 1987.
“Semua
aset UMNO dibekukan dan banyak cawangan dan bahagian UMNO disaman oleh bank.
Menjelang pilihan raya umum 1990, UMNO tidak berduit dan terpaksa merayu
sumbangan daripada tauke-tauke kaya dan ahli-ahli perniagaan,” kata Raja Petra.
“Tentu
sekali sumbangan itu bukan seikhlas hati,” tegasnya dan parti itu membalas
‘kemurahan hati’ penderma dengan konsesi dan kontrak melalui penswastaan aset
kerajaan, pemberian permit dan cara lain.
“Bermula
dari situlah UMNO bertukar daripada parti politik kepada entiti korporat,”
tulis Raja Petra. Mahathir pada ketika itu memutuskan bahawa UMNO memerlukan
berbilion ringgit untuk kempen sekiranya tidak mahu hidup susah.
Turut
diputuskan kemewahan UMNO tidak akan dipegang atas nama parti, tetapi atas nama
pemegang amanah, penama dan proksi. Presiden UMNO, timbalan presidennya,
bendahari dan beberapa yang lain diberi tanggungjawab untuk menyimpan wang
tunai, aset dan pelaburan UMNO atas nama masing-masing, jelas Raja Petra.
Beliau
menekankan bahawa penemuan RM2.6 bilion dalam simpanan Najib itu adalah akibat
daripada perbuatan Mahathir sendiri.
“Bahkan,
Mahathir sebagai seorang penama masih memegang kira-kira RM100-RM200 bilion
harta UMNO,” kata Raja Petra.
Beliau
mencabar Mahathir supaya memulangkan harta itu sebelum mencabar Najib berkenaan
RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadi.
Raja
Petra berkata “ratusan pemimpin pembangkang tahu perkara ini”, dan menamakan
Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail antara yang tahu.
Menurut
Raja Petra, Kit Siang telah memohon injunksi terhadap United Engineers Malaysia
(UEM) pada 1988 apabila syarikat itu, yang merupakan salah-satu daripada proksi
atau penama UMNO, diberi kontrak Lebuhraya Utara-Selatan.
“Mereka
tahu mengapa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan bukan
akaun bank UMNO. Ia kerana sistem yang diperkenalkan Mahathir pada 1998,” kata
Raja Petra. “Mereka berpura-pura tidak tahu supaya mereka boleh menjadikan
RM2.6 bilion sebagai isu. Rakyat Malaysia termakan penipuan itu bulat-bulat.”
Beliau
mencabar Mahathir supaya menjelaskan apa jadi dengan aset RM100-RM200 bilion
milik UMNO itu dan mengapa ia disimpan atas namanya dan bukan parti.
Raja
Petra mencabar bekas pemimpin UMNO itu supaya menunjukkan bukti beliau telah
memulangkan harta parti itu kepada parti.
Sumber: KLIK DISINI