Hati busuk kenapa nak kaitkan dengan UMNO pulak ???
SHAH ALAM - Tindakan
mengheret anak Allahyarham Datuk Abdul Azik Nik Mat dalam Parti Amanah Negara (Amanah)
telah meninggalkan kesan besar dalam jiwa keluarga Allahyarham, kata Timbalan
Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Oleh itu, kata Tuan Ibrahim dia berharap agar perkara ini
tidak berulang lagi.
"Saya harap perkara ini tidak berulang kerana
ini bukan kali pertama Amanah Kelantan cuba kaitkan Nik Omar dengan parti
mereka.
"Kalau amanah mempunyai kekuatan, lebih baik
mereka menumpukan usaha menyedari dan menarik ahli
Umno dari terus menarik dan memujuk ahli Pas,"
katanya kepada Sinar Online hari ini.
Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas
kenyataan Amanah Kelantan hari ini yang mengesahkan bahawa anak sulung Allahyarham
Datuk Abdul Aziz, Nik Omar tidak menyertai Amanah Kelantan sepertimana yang
didakwa parti itu sebelum ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tindakan
yang diambil oleh Amanah sebelum ini memalukan parti itu sendiri.
"Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan
terdesak bagi meraih simpati orang ramai," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ambo tidak terlibat,' kata Nik
Omar]
Sabtu lalu, Nik Omar menafikan penyertaan beliau
dalam Amanah
seperti mana yang dilaporkan portal berita.
Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu enggan
mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak menolak kewujudan kepelbagaian
parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.
Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan
penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama
lain.
Sebelum itu, dalam majlis makan malam Amanah
Kelantan di Petaling Jaya, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan, Nordin
Hussin mengumumkan
Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.
Sumber rujukan: KLIK DISINI