Mahathir tak memahami hukum "BERDOSA"
Apa
puncanya Mahathir kata dia tahu banyak rahsia Zahid Hamidi tapi memilih untuk
tidak dedah rahsia itu sebab katanya semua orang banyak dosa (dia yang
terbanyak sekali lah tu)?
Biar kita jelaskan. Itu sebenarnya cakap berselirat
- yang terpacul lain, yang dimaksudkan lain. Maksud Mahathir, "aku tahu
rahsia kau, nak selamat, ikutlah cakap aku".
Ramai
orang tak tahu bahawa Mahathir memang kaki ugut. Hampir semua orang dia ugut
supaya duduk bawah telunjuk dia. Paling teruk kena Anwar lah.
Untuk
pengetahuan semua, kes liwat Anwar memang satu konspirasi tapi bukan konspirasi
tak liwat dituduh liwat sebaliknya dari mula Mahathir memang tahu Anwar peliwat
tapi pilih untuk tidak dedahkan sehinggalah Anwar cuba cabar dia untuk jawatan
Presiden UMNO.
Bekas
ketua polis negara, Tun Hanif Omar dedahkan bahawa Mahathir memang telah
dimaklumkan akan kelainan naluri seks Anwar sejak 1992 tapi Mahathir kononnya
tak percaya. Bukan Mahathir tak percaya, dia nak guna maklumat tu sebagai
senjata kalau Anwar melawan dia balik.
Dan
sememangnya itulah yang berlaku pada September 1998 bila Anwar dipecat
Mahathir.
Najib
pun diugut Mahathir, cuma beza dengan Anwar, Najib diugut dengan fakta palsu
sedangkan Anwar dengan fakta yang betul-betul terjadi. Muhyiddin pun
silap-silap diugut Mahathir jugak dan kerana takut, Muhyiddin sanggup
kehilangan jawatan asal rahsianya tak dipecah Mahathir.
Sekarang
Zahid pulak. Memang celaka manusia nama Mahathir ni. Yang dia tak tahu, Zahid
tahu lebiih banyak rahsia Mahathir yag ramai orang tak tahu. Contohnya, bomoh
siam mana Mahathir guna untuk lindung diri dia dari sihir musuh politiknya.
Sumber rujukan: Balqis Sheikh