JOHOR BAHRU -
Presiden persatuan bola sepak di negara ini dicabar untuk tidak bersikap
pengecut sebaliknya menjadi berani atau berundur sekiranya tidak memahami
tanggungjawab yang digalas.
Gesaan itu
dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim kerana menyifatkan seseorang presiden persatuan bola sepak perlu
menyelesaikan permasalahan dalam sukan itu.
Menurut Tunku
Mahkota Johor, seseorang presiden persatuan bola sepak tidak sewajarnya hanya
goyang kaki dan meraih populariti tanpa berani menyuarakan apa yang perlu
seperti dalam soal pembahagian honorarium penyiaran televisyen.
“Kenapa saya
seorang sahaja yang bersuara pasal hal itu seolah-olah saya menegakkan untuk
semua pasukan yang bertanding dalam negara, saya tidak jumpa presiden lain
kecuali saya yang berbuat demikian.
“Anda perlu
faham hak penyiaran akan membantu semua pasukan yang bertanding dalam negara dengan
mengurangkan beban dari segi kewangan semua pasukan yang berentap dalam liga,
kenapa presiden lain senyap sahaja.
“Adakah anda
semua lebih berminat dengan jawatan sahaja,” katanya kepada pemberita dalam
sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini semalam.